Saturday, January 30, 2010

PAHALA ONLINE..

   PAHALA ONLINE......MELIHAT TELATAH ANAK-ANAK KECIL...BERMAIN-MAIN DENGAN RIANG DAN GEMBIRA.........saya termenung seketika..."TERDETIK DI HATI...,Seringlah membawa anak-anak ke masjid dan surau.. dan pastikan pengawasan mereka kerana di masjid sering berkumandang tilawatul dan nasyid (zikir dan tasbih) memuji yang maha ESA...      (Online pahala tatkala di baca)
ALLAH memelihara....kanak-kanak dengan ASma-AL-HUsna-Nya.Persekitaran angat penting bagi menjamin pemeliharaan tersebut ( iman ) .Pengaruh persekitaran juga amat penting bagi memupuk sahsiah iman di dalam diri ini juga..
(Online pahala tatkala di baca Kanak-kanak juga mampu mengembirakan orang dewasa dengan telatah mereka, andai ada yang benci, itu petanda penyakit hati yang kronik,  (dengki ,Khianat dan ujud )..Rawatilah hati dengan zikir....hanya di dalam hati tanpa putus.....tiada yang mengetahuinya kecuali yang Esa..
  Fahamilah jiwa dan corak pemikirankanak-kanak kerana pada mereka ada ilmu (diselitkan tarbiahdengan kasih sayang )- bagi mereka yang mahu berfikir..Dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t..akal dan fikiran...gunakanlah dengan sebaiknya..kerna itulah yang membezakan kita dengan haiwan..
(Online pahala tatkala di baca)   Kanak-kanak adalah seperti kain putih, dan mereka tiada dosa...Mengapa...? Sesungguhnya ALLAH tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu....Pimpimlah dan beri ajaran yang baik pada mereka...melentur buluh biarlah dari rebungnya....tiada satu pun di dalam dunia yang mahu anak-anak mereka menjadi jahat....hatta seorang penyamun pun mahu anaknya menjadi seorang baik sebaik mungkin....
(Online pahala tatkala di baca

Friday, January 29, 2010

PROGRAM -SFI

Salam pagi jumaat yang ceria..
   SFIMG.....PERNAH DENGAR NAMA ITU...jarang-jarang sekali atau tidak pernah langsung..
saya cuba untuk memdapatkan info mengenainya... pertama  sekali saya pergi ke kotak search engine...biasalah...program-program seperti nie biasanya scam...atau satu program yang hanya untuk mendapatkan trafik dengan percuma...Sangkaan saya meleset sama sekali ...dalam google dicari tentang tajuk sfimg scaam ....tiada...yahoo pun begitu...bingg pun begitu...em....
   Saya pun mendaftarkan diri dan menyertai program tersebut...memanglah agak payah pada mulanya...em....sembilan jam study dengan sistem sfi ini....emm....kiraa bolehlah sikit-sikit...  Untuk permulaan...biasalah klik pada tajuk dalam ruangan kotak hijau setiap tajuk ada point....yang harus kita kumpul..em....ppc la katakan...kumpulkan earning point hingga 1500, dan tunggu e-mail pada keesokan harinya...kalau rasa bosan keluar dulu dari akaun anada...agak-agak rasa nak buat lagi buka balik sfi...buat lagi...
   Setakad ni...yang saya paham kita ada dapat satu sistem ppc yang boleh kita beri pada member lain untuk mereka sertai...cuba klik link ini...klik sini  hasil dari klik member tadi...akan masuk sedikit dalam akaun kita ..u/p-bukan semua...kesian member tu susah-susah klik ...kita ambik semua....bukan begitu..eheks...

 Panduan...
setelah mendaftar di link ini... Register anda akan dibawa ke halaman untuk pengesahan e-mail...
masukkan e-mail anda sekali lagi dan kata laluan...
1. Kemudian...cari tajuk  HOME dalam akaun anda...
2. Klick Home..
3. Scroll down kebawah perlahan-lahan
4. Dalam kotak hijau ada tajuk Daily Actions, Weekly Actions dan Montly Action..
5. Selesaikan semuanya satu-persatu....
6. Setiap tajuk ada point yang tersendiri...
7. Klik..V pada sudut atas kanan halaman yang kita buka tadi...
8. Kesabaran anda amat diperlukan..

  Selamat mencuba...dan tiada paksaan pada semua ...jika ingin mencuba saya sedia membantu...setakat ni dulu penerangan serba sedikit....tentang  SFI..
bersambung....

Tuesday, January 26, 2010

Isteri Solehah

   Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
  Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan- Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".
Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya" . (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Friday, January 8, 2010

Maafkan Aku sobat semua!!!!!

Apakan daya ku ...............hanya maaf ku pinta dari kalian semua, bukan aku sengaja untuk tidak datang ke blog-blog kalian..aku bertugas jauh di perantauan..baru hari ini aku kembali menyentuh computer ku kembali, aku akan menziarahi kesemua mereka ..itu janji ku..termampunya aku ...harap kalian dapat memaafkan aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...