Gambaran isteri yang sedang ghairah, seronok dan panas di ranjang adalah dambaan setiap suami. Hubungan intim dalam situasi beginilah yang mendatangkan nikmat sensasi sebenar buat suami. Namun hakikatnya tidak semua suami akan mendapat reaksi sedemikian daripada isteri mereka.
Ada di kalangan suami dihadapkan
dengan isteri yang hambar ketika berhubungan seks dan tidak kurang juga enggan bersama kerana kepenatan. Memang mengecewakan. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan isteri kembali ghairah di ranjang dan mendapat kepuasan seks yang diinginkan?
Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 'dekatnya' suami terhadap isteri adalah faktor yang mampu menbuatkan isteri semakin ghairah dan berahi terhadap seks. Maksudnya semakin erat dan dekat hubungan suami dengan isteri maka semakin ghairahlah isteri terhadap seks. Sebaliknya jika hubungan dengan isteri semakin jauh atau renggang hubungan makin dinginlah isteri terhadap aktiviti seks dengan suaminya.
Dr. Gian Gonzaga, pengkaji dari University of Carlifornia Los Angeles (UCLA) menyatakan bahawa suami perlu menjaga sikap baik dan kasih sayang terhadap isteri. Kesan daripada sikap yang positif inilah sang isteri akan berasa ghairah bila berdekatan dengan suami.
Dalam kata lain, perasaan berahi isteri akan berkembang mengikut suasana hatinya. Sekiranya perasaan isteri sentiasa nyaman dan tenteram berdekatan dengan suami, dirinya akan semakin bernafsu untuk bercinta. Tanpa perlu dipujuk rayu isteri akan rela hati naik ke ranjang malah dengan sedikit ransangan saja, seks terus berlangsung.
Ingin ditekankan sekali lagi, salah satu penyebab hilangnya ghairah isteri terhadap seks adalah sikap suami itu sendiri. Sikap tidak ambil peduli, tidak perihatin mahupun tidak memperuntukkan masa sering kali menyebabkan isteri terasa dipinggirkan. Rasa jauh hati ini sekali gus menjarakkan perhubungan termasuklah hubungan seksual itu sendiri.
Justeru sekiranya mahu isteri kembali berani, para suami disarankan untuk menilai diri mereka. Nilaikan bagaimana perlakuan atau tingkah laku mereka selama ini terhadap isteri. Bagaimanapun perkara ini selalu dipandang remeh, mereka sebaliknya asyik merungut tentang sikap dingin isteri terhadap seks tanpa menyedari bahawa ghairah isteri yang hilang itu berpunca daripada dirinya sendiri.
Sikap dan perhatian
Bukan payah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap seorang isteri. Anda boleh mempamerkannya baik melalui sikap ataupun perhatian. Ada Beberapa contoh sikap yang sangat disukai oleh seorang wanita ataupun isteri. Sikap yang ditunjukkan oleh suami inilah yang nantinya akan mempengaruhi suasana hati.
Antara sikap tersebut adalah memberi kucupan sayang kepada isteri, membudayakan kata maaf di dalam perhubungan, memberi hadiah kepada isteri, selalu bergurau senda dengan isteri, mengajak isteri keluar berdua-duaan di samping membelai isteri dengan penuh kasih sayang bila bersama.
Selain itu, sikap positif seperti membantu isteri tanpa disuruh, menggenggam tangan isteri pada waktu tertentu dan juga meninggalkan sikap buruk yang tidak disukai isteri juga akan menjadikan hati dan perasaannya lebih senang dan tenang bila bersama suami.
Perkara ini turut dipersetujui oleh Dr. Patti Britton, Persiden dari Foundation for Scientific Study of Sexuality, New York, Amerika Syarikat. Katanya sikap suami seperti ini adalah salah satu bentuk terapi yang ampuh untuk mengembalikan ghairah isteri yang kian menurun. Bahkan, cara ini disebut-sebut sebagai cara yang paling efektif untuk mengembalikan ghairah seks isteri. Jadi, bagi para suami yang ingin isterinya kembali berahi di ranjang, nilaikanlah semula sikap dan perlakuan anda pada isteri.
4 comments:
Wah belum punya istri nih... hehehe
detail dan lengkap sekali tipsnya, makasih ya sahabat
tips yg bagus!!
good tips =)
Post a Comment