Monday, May 24, 2010
ABU SHALIH DAN ABU SALIH
Diceritakan bahawa seorang ulama bernama Nashr sakit, lalu seorang temannya yang bernama Abu Shalih datang menziarahinya. Kedua-dua orang itu sama-sama alim. Dalam kesempatan menggembirakan si sakit, Abu Shalih tidak lupa mendoakan dan memberi semangat kepada temannya itu.
"Masahallahu ma bika (semoga Allah menyembuhkan penyakitmu)" kata Abu Shalih.
"Katakan mashahallahu, yakni dengan huruf shad bukan sin." kata Nashr, yang ertinya semoga Allah melenyapkan (menyembuhkan) penyakitmu.
"Mana boleh. Kalau sin ditukar dengan shad akan menjadi seperti shirat (jalan) dan shaqar (memukul)." kata Abu Shalih. Shaqar juga menunjukkan nama neraka.
Nashr tidak mahu bercakap banyak lalu menegur: "Kalau begitu namamu bukan Shalih tapi Salih."
Mendengar itu, Abu Shalih diam dan merasa malu akibat perkataannya sendiri. Maklumlah...Shalih bermakna orang yang baik sedang Salih bermakna tukang membuang kotoran atau dengan kata lain tukang korek tandas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
pasal tula ek kalau baca quran kene sebut betul2...salah sebut satu huruf pun dah lain maknanya...benti pun mestilah ditempat yg betul...ishhh...kene belajar lg ni...
thanks utk n3 ni...
oo yeke?
maksud nye kalau nak taruk name salih tuh suppose shalih laa ye??
ok ok.
terima kaseh bg ilmu pagi pagi neh!
^^
Singgah sini geng...salm ziarah
thanks semua sudi singgah
salam..
terima kasih
tazkirah yang baik
byk menafaat..
betul tu mario kadang2 alif nk gelak gak bila time makan budak2 yang bckan doa....yg tua aminkan...tulh kalau kurangnya didikan agama...mmg tak salah nk mdidik anak tp kene ada caranya.apa2 teruskan kak mimi, alif sokong dakwah smbil bblog
Thanks all my friend
Salam....singgah disini..kalau tulis kat kotak chat,,,leh ilang kompom punya...so tulis kat sini sampai melekat huhuhu
saya datang sini
Post a Comment