Monday, May 3, 2010

Mengapa Di Binkan Ibu




WAHAI Rusman bin Kamariah. Segala nikmat dan kelazatan hidup dalam dunia ini adalah palsu belaka, hanya untuk sementara waktu sahaja. Wahai Rusman bin Kamariah! Ingatlah bahawa daripada tanah kamu dijadikan, ke dalam tanah jua kamu dimasukkan, dan daripadanya juga kamu dikeluarkan.








WAHAI Rusman bin Kamariah….. Mudah mudahan Tuhan akan mengurniakan kasihan belas kepada kamu. Hendaklah kamu sedar bahawa segala nikmat dan kelazatan di dunia telah hilang daripada kamu. Oleh kerana kamu telah memasuki alam akhirat dan kamu akan tinggal di sini sehingga hari kiamat.



WAHAI Rusman bin Kamariah. Bahawasanya mati itu benar, masuk kedalam liang kubur itu benar. Soalan Mungkar dan Nakir itu benar, dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalannya itu benar, melalui titi siratulmustakim itu benar, balasan nikmat syurga dan azab api neraka itu benar dan bahawasanya hari kiamat itu akan berlaku dengan tidak syak dan waham lagi …



Imam Hamid terus membaca talkin yang diselang selikan ayat ayat al-Quran di perkuburan Cheras Baru, Kuala Lumpur. Orang ramai yg berada di tanah perkuburan khusyuk mendengarnya. Yang sedar menggeleng gelengkan kepala, terlalu takut mendengar azab kubur, sementara yang lain bersembang kisah politik semasa, tentang kisah si mati dan lain lain, membiarkan suara Imam Hamad tenggelam dalam bualan mereka. Dua rakan Allahyarham, yg turut khusyuk mendengar bacaan talkin itu merasa pelik. Namun mereka terus saja mendengar walaupun fikiran mereka sedikit celaru. Sebaik Imam Hamad habis membaca talkin dan berdoa, seorang demi seorang penduduk meninggalkan kawasan perkuburan. Namun dua anak muda tadi masih terus menunggu.



“Mengapa pula bila kita meninggal perlu berbin atau berbintikan emak. Semasa didunia nama kita dibin pada ayah? Tanya Karim kepada rakannya, Budin.



“Entahlah aku pun tak tahu. Setahu aku, begitulah… Kalau perempuan meninggal dibintikan pada mak juga, mengapa ya??



“Baik kita tanya pak imam, apa kata?” usul Budin.



Mereka berdua menunggu Iman Hamad melangkah. Perlahan lahan Karim dan Budin menghampirinya. Mereka beriringan ke kereta imam itu.



“Pak imam, maaf … kami ada masalah sedikit. Kenapa, selepas mati kita dibinkan pada ibu, tidak ayah seperti masih hidp? Kenapa?” tanya Karim agak gugup.



Imam Hamag terkebil kebil. Susah juga nak jawab pertanyaan budak budak ni, bisiknya dalam hati. Jarang ada orang bertanya masalah seperti ini.



“Aku bukan arif sangat dalam hal begini,” bisiknya sendirian. Agak lama dia berfikir fikir. Selama ini tugasnya hanya menjalankan kewajipan membaca talkin apabila berlaku kematian dalam kariahnya. Imam Hamad sendiri tidak pernah mempersoalkan mengapa perlu dibinkan atau bintikan pada ibu apabila si polan itu meninggal dunia. Lagipun tiada siapa yang membantah atau mempersoalkan amalan tersebut selama ini. Setahunya amalan itu sudah dilakukan sejak sekian lama di kalangan masyarakat Melayu di mana saja di negara kita. Pening juga kepala Imam Hamad hendak menjawabnya. Kalau tak diterangkan masaalah berkenaan nanti anak muda itu menganggap di jahil pula. Imam Hamad tak mahu digelar burung kakak tua, hanya tahu berkata kata tetapi tak dapat menghuraikan lebih lanjut. Imam Hamad berbelah bahagi, samaada nak menjawab atau tidak. Setelah agak lama termenung di perlahan lahan berkata.



“Apa yg saya belajar, apabila seseorang anak Adam itu meninggal namanya akan dibinkan atau berbintikan ibunya,” jelas imam.



“Yalah …. Tapi mengapa?”



“Soal itu telah ditentukan ahli fikah sejak zaman dahulu lagi. Ada sesetengah pendapat mengatakan semasa kita di akhirat kelak, si polan atau sipolan itu akan dipanggil berbin atau bebrbinti ibu masing masing.



“Setakat itulah yang saya belajar. Saya tak dapat menerangkan lebih dari itu. Kalau kita fikir, bukankah syurga itu tetrletak dibawah telapak kaki ibu!” kata Imam Hamad selamba sambil tersenyum.



“Oh ….. begitu”! kata Karim tersengih. Pak Imam tersenyum bangga. Dia puas dengan jawapan yang diberikan walaupun dia sendiri tak pasti apakah betul penjelasannya itu.



“Menarik juga jawapan pak imam tu,” kata Budin pula. Namun dalam hati, kedua dua pemuda itu belum berpias hati dengan jawapan Imam Hamad. Kalau boleh mereka berdua ingin tahu lebih lanjut, adakah amalan itu suruhan agama atau memang diamal atau dianjurkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w? kalau bukan tuntutan agama mengapa perlu meneruskan amalan tersebut?



Seorang ulama dan pemikir Islam terkenal, Prof. Madya Dr. Faisal Othman berpendapat amalan membin dan membinikan pada nama ibu apabila seseorang itu meninggal dunia adalah karut semata mata.



“Tiada nas sama ada hadis atau firman yang menyuruh umat Islam melakukan perbuatan itu,” kata Dr. Faisal.. Menurut Dr. Faisal, masalah tersebut memang sudah lama menjadi topik perbincangan di kalangan ulama Maaysia namun tidak ramai yang tampil membetulkan keadaan atau menyanggahnya secara terbuka.



“Saya sendiri telah banyak kali menyuarakan agar perbuatan begini dihentikan, namun tiada respons daripada mana mana pertubuhan atau individu ulama sendiri.



“Ini disebabkan para cendikiawan Islam di negara kita menganggap perkara tersebut sebagai remeh, tidak menjejaskan akidah, apatah lagi pelakunya tidak berdosa. Sebenarnya amalan menanggil si polan berbin atau berbintikan pada ibunya selepas seseorang itu meninggal dunia adalah idea ulama fikah terkemudian semata mata. Kononya ahli fikah selepas zaman kegemilangan Islam berpendapat ibu lebih mengetahui sejarah anak yang dilahirkan itu. Kalau kita teliti perbuatan ini sama saja dengan masyarakat Barat yang mengagung agungkan seseorang wanita bagi menentukan kesihatan anak yang dilahirkan. Tapi di Barat kedangkala si ayah tak menentu”, kata Dr. Faisal.



Beliau menjelaskan idea sepeprti ini sebenarnya lanjutan daripada tafsiran jumud para ulama selepas keruntuhan zaman keagungan Islam. Pada zaman kegelapan tiada ulama yang dapat memberikan pedoman lengkap mengenai ijtihad bagi kesejahteraan umat Islam waktu itu.



“Maka timbullah perkara perkara karut marut yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam.Ia wujud berdasarkan budaya dan masyarakat zaman berkenaan. Jadi amalan itu diteruskan tanpa ada sesiapa yang mempersoalkan walaupun ia bercanggah dengan peranan seseorang bapa yang di iktiraf oleh ALLAH s.w.t sebagai orang yang bertanggungjawan terhadap seseorang anak.



“Malah Rasulullah s.a.w sendiri tak pernah mengubah kedudukan bapa kepada si ibu, sama ada waktu si polan itu masih hidup atau sesudah meninggal dunia.. Kenapa pula kita perlu melakukannya?” tanya Dr. Faisal.



Ada pendapat mengatakan, pihak yang mengamalkan perbuatan tersebut tidak mendatangkan dosa dan tidak menyesatkan, maka ia dibolehkan.

15 comments:

Rinda said...

wah bagus banget crita n maknanya,,mksh sis mimi udh sharing ^_^

Aku said...

sob...sob...
insaf~

Anonymous said...

hmmm wawasan baru nih!

Anonymous said...

makasih atas sharingnya jadi nambah wawasan nih ... Salam

Unknown said...

Ohhhhh ibu.. =)

mimi said...

thanks sudi mampir semua sahabatku...

kak anie said...

Salam mimi...ada orang kata...bila mati dibinkan pada maknya...kerana ibunya itu telah pasti...tapi bapanya pula...hanya ibunya yang tau...wallaualam

Ida Sazarina said...

umi...umi...umi...
ternyata ibu itu sngt penting!!

ShaLLeyShaLina said...

hurrmmm...menarik jugak entry ni...buat sy tertanya2 plaks....

Aidi-Safuan said...

thanx a lot! lama gak aidi-safuan tertanya2 pasal nih.
hope this explanation are purely true! :)

Anonymous said...

hahahahha baru hari ni aku bukak blog nih sebab tgk tajuk tu menarik,tgk nama tak tertarik tp tgk motosikal tu aku teringat pada shukri....norton, pekaba?dah besar anak ?

mimi said...

uiks,,,sengaja mimi guna Anonymous nak perangkap sapa yang nak gunakan..hehehehheheheheeeeee..masuk jerat jugak si pengomen itu..ape pun thanks singgah..mimi x kisah mimi pun tau sapa tu...hehehehheheeeee..

MyShop said...

saya jumpa dalam forum halaqah:-

Soalan :

Salam ustaz. semasa membaca talkin, nama simati perlu dibinkan dengan nama bapa atau ibu?

Jawapan :

Orang mati di bin kan dengan ibunya, mengapa?

عن ابي امامة رضي الله عنه قال :إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا النبي صلى الله عليه وسلم . فقال :إذا مات أحد من اخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يافلان ابن فلانه ، فإنه يسمعه ولايجيب ثم يقول يافلان بن فلانه فإنه يستوي قاعدا ثم يقول يافلان بن فلانه فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لاتشعرون فليقل :اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة ان لاإله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقران اماما، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد بيد صاحبه ويقول :انطلق بنا ما يقعدنا عند من لقن حجته؟ فقال رجل يارسول الله فإن لم يعرف أ مه قال ينسبه الى امه حواء يافلان بن حواء
رواه الطبراني .ويقول الحافظ ابن حجر العسقلاني في كتابه التلخيص الحبير :”وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه” ا هـ

Daripada Abi Umamah رضي الله عنه dia telah berkata “
Quote

Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita”, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Apabila salah seorang daripada saudara kamu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun dan duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi, maka si mati akan menyahut seraya berkata: “berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu”. Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: “Ingatlah saudaraku akan i’tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad S.A.W ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)”. Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain seraya berkata: “Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya”, maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya. Jawab baginda S.A.W: “Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam a.s), wahai Fulan Bin Hawa!”.

Hadisini direwayat oleh Tabarani. Dan berkata Hafis Ibnu Hajar Al-askalani pada kitabnya Al-Tahlisul Habir “sanad ini sanad yang elok”. dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam.

Dari hadis di atas dapat kita ketahui bahawa harus bin kan seorang yang mati dengan ibunya.

Sebab pada akal seorang itu di bin kan dengan ibunya ialah ibu lah yang mengetahui bapa seorang itu siapa, diambil dari cerita Yahudi dimana ditanya mereka itu adakah engkau kenal Muhammad (Nabi Muhammad)? mereka menjawab aku lebih kenal Muhammad dari anak-anak dan bapa-bapa ku, maka ditanya mengapa begitu? Mereka menjawa kerana Muhammad aku tahu siapa bapa dan keturunannya sedangkan anak-anak ku isteri ku yang mengetahui siapa kah bapanya, begitu juga dengan aku ibuku yang mengetahuinya siapa bapa ku. والله اعلم

Sumber : Ustaz Mohammad Elias bin Abdul Jalil

Anonymous said...

Yang buat kita menjadi makin tersesat tu apabila kita ..
1} Tidak berilmu & tidak mahu belajar ilmu agama
2} Mengerjakan sesuatu ibadah tanpa tahu hukum² nya itu wajib atau sunat
3} Terlalu taksub mengikuti org² sekeliling dan mengerjakan sesuatu ibada dan tidak menghukum sendiri

Anonymous said...

Riwayat sebekum Rosullalahi,Nasab Rosul.... dan para sahabatnya. Sudah Fakta Bin/Binti kepada bapaknya.
Ingat ini bukan soal bakri ke ibu/Surga di kaki ibu.
Tapi jelas bin/binti adalah Hukum Nasab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...