Saturday, September 4, 2010

Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis




Alam Barzakh
 
          Sebenarnya istilah alam kubur hanyalah berdasarkan kebiasaan (ghalib) kerana setiap manusia yang wafat biasanya dikuburkan. Malahan menguburkan jenazah menjadi salah satu kewajipan (fardhu kifayah) ke atas orang yang masih hidup. Ini tidak bermakna bagi setiap manusia mesti ada kuburnya apabila mereka mati kerana ada-kalanya atas sebab-sebab tertentu terdapat manusia yang tidak diketahui kuburnya. Sebabnya pelbagai, mungkin kerana ditelan binatang buas, terbakar hangus, berkecai jasadnya kerana kemalangan dan sebagainya.
 
Istilah yang tepat menurut al-Qur’an dan al-Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut keyakinan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia berada di antara alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam surah Al-Mukminun 23:99-100:
 
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang salih dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan".
 
Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).
 
          Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (مختار الصحاح) oleh Abu Bakr Al-Razi, makna barzakh ialah dinding pembatas antara dua benda. Ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi siapa yang mati maka itu bermakna dia telah masuk ke dalam alam barzakh tanpa mengambil kira bagaimana cara kematiannya.
 

7 comments:

Anonymous said...

Semoga kita bisa Selamat DUnia dan Akhirat y sob.. AMINN..

admin said...

Semoga kita mendapat keberkatan di dunia wal akhirat ya teman . :)

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

ibadat menentuka kubur kita bagaimana,,

mimi said...

thanks semua sudi singgah semoga dengan sedikit info ini dapat membantu segala kesulitan dan menambah sedikit ilmu...di dada kita amin ya robbalalamin......~~~mimi~~~

Anonymous said...

Semoga kita termasuk orang yg "khusnul khatiman" aminn

mimi said...

amin yarobbal alamin......

~~su manje~~~ said...

mampir disini sahabatku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...