Tuesday, May 22, 2012

Isu

Merujuk  kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertu ju an agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menun ju kkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.
 
Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.
 
Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri).
Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM ju a.

3 comments:

AZLA said...

postingan yang bagus bermanfaat, okey banget
terima kasih

Papa REN said...

yg dilabelkan halal pun diragui. apatah lagi yang tidak dilabel.

Yang tidak dilabel halal tu pulak adakala lebih halal dari yang dilabel.

Kita sebagai pengguna hanya boleh bergantung pada isu maklumat dan keyakinan..

http://5zol-saidsomething.blogspot.com/

Best Business Brands said...

ISU is Committed to Train and Develop students to Become professionally competent graduates who are equipped with sound moral optimum principles; and to serve the ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...