Monday, February 18, 2013

KETAGIH HISAP PUTING

KETAGIH HISAP PUTING


Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.


Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.


“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja. Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.


“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya. Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.


Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.


“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru. Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.


Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.


“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula. Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.
(Sumber: Sinar Harian)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...