Sedarkah anda.. waktu suami di pejabat dan jalanan, wanita yang
mereka temui atau berurusan dengan mereka, tiada seorang pun yang
memakai baju kelawar, t'shirt dan batik! Bagaimana mereka tidak
berubah selera.
Jadi usahakanlah untuk tampil menarik dan menawan hati suami. Carilah
baju tidur atau pijama dari sutera atau satin, sejuk licin dan
lembut...tapi menghangatkan suami anda.
Membazir? Tiada istilah membazir jika wang yang anda guna/ laburkan
itu adalah untuk anda dan suami tercinta. Kerana hasil dari pelaburan
itu akhirnya dapat kepada anda juga.
Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas,
sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik
lemas. Itu dah dikira mengada-ngada dan merimaskan suami!
No comments:
Post a Comment