Monday, May 5, 2014

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ( KISAH )


JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KLANG

Memang mudah untuk berbicara kerana lidah tidak bertulang dan boleh berkata atas prinsip hak individu tersendiri, 
Pergilah minta bantuan di sana.... Pergilah minta bantuan di sini....  kat sana kat sini...mudah berkata...tapi tak melaksana../mempraktikkannya

Itulah ayat yang lazim kita mendengar pabila seseorang di timpa musibah dan memerlukan bantuan yang berpanjangan
Kalau belum terjadi pada diri sendiri boleh lah pandang sebelah mata... Cuba anda berada pada situasi mereka..

Tak semudah yang di sangka dan tak seindah apa yang di dengarkan oleh mereka hatta badan ini sendiri yang terjun ke lembah tersebut..

Dalam menjalani kehidupan sebagai insan biasa.. dengan kesempitan sumber kewangan dan tidak tahu cara bagaimana untuk menguruskan bantuan....Dimana Harus Di pohon bantuan. Setakad kata-kata yang keluar dari mulut-mulut mereka memang sedap di dengar...

Turun padang pimpin mereka .. bantu dengan seadanya . Hasilnya kita serahkan pada  Yang Maha Esa..

Bagi mereka yang ada hubungkait dengan parti politik atau mempunyai rangkaian yang baik di dalam politik...memang tak di nafikan ..mudah dan amat mudah...ada tambahan lagi....dan PANTAS sekali...

Tidak semua orang dapat menikmati kemudahan seperti itu...kita tolah ke tepi bab itu....Mungkin itu rezeki mereka ....usah kita pertikai dan ulas dengan lebih lanjut lagi....

Berbalik pada masalah kita ini...
Borang perlulah di ambil di jabatan yang berkaitan dengan apa yang di pohon. Jika  kita ada masalah kewangan, ceritakan apa masalah kita...
Sebagai contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Disitulah tempat kita meminta bantuan yang sewajarnya.. Adalah baik tuan badan yang berhajat datang sendiri ke tempat tersebut.
Tapi pada kebiasaannya...masa dan wang ringgit yang menjadi penghalang mereka untuk turun padang..

Bergantung pada situasi masing-masing. bukan semua .
Seorang ibu tunggal terpaksa memohon cuti bagi menguruskan hal-hal di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tambang bas atau teksi perlu di bayar. Seandainya boleh menunggang motorsikal minyak perlu di isi juga. Bagi tujuan untuk mengambil borang atas tujuan memohon bantuan bagi  hal yang berkait.
Mungkin bagi  yang berpendapatan sederhana tak berapa mengira soal kos...tapi bagi mereka... duit tetap duit dan keperluan mesti di teruskan.

Langkah ke dua telah selesai.. Mengapa terus langkah kedua...
Langkah pertama ialah mengetahui di mana lokasi pejabat-pejabat untuk berurusan. Selain info yang tetap dan lokasi yang tetap ketebalan muka juga harus ada.Kalau di fikir balik apa nak malu kita meminta pada tempatnya. 

Langkah ketiga. Baca dan faham apa yang harus di lengkapkan dalam borang tersebut. bagi ruangan yang tak faham harap tinggalkan, nanti saya ceritakan pada langkah-langkah selanjutnya.

Langkah keempat. Sertakan segala salinan yang dikehendaki seperti dalam borang tersebut , Boleh lihat pada muka depan sekali...Ketika kita mengambil borang dan menceritakan segala apa yang perlu untuk bantuan  Pegawai yang bertugas akan menandakan "RAIT" pada kotak-kotak yang berkenaan... itulah dokumen yang kita harus lampirkan pada permohonan kita nanti..

Paling cepat untuk menyiapkan semuia dokumen sokongan menganbil masa 1 hari dan paling lambat seminggu. itu mimi..anda pula bagaimana?

Langkah Kelima : setelah semua buturan di  isi dan di lengkapkan beserta dengan dokumen sokongan..anda hendaklah membawanya Pejabat ADUN /Wakil RakyatPENGHULU/ untuk di SAHkan dan di COP...Kalau bernasib baik tak sampai 10 minit dah siap ,jika mereka yang berkenanan ada di pejabat

Langkah Keenam :  Barulah melangkah pergi sekali lagi ke JKM Jabatan Kebajikan Masyrakat untuk menghantar Borang anda. kesini
Pegawai yang bertugas akan menyemak kembali segala buturan dan dokumen sokongan yang di perlukan, sekiranya tidak lengkap anda terpaksa melengkapkannya dan hantar semual borang tersebut sekali lagi. Amatlah sukar untuk memproses borang yang tidak lengkap..
Jadi sebelum menghantar Borang ke Jabatan kebajikan Masyrakat. ( JKM ) Pastikan ianya betul-betul lengkap. Dan Anda menghantarnya dengan tangan anda sendiri.
Reset terima akan di keluarkan oleh Pegawai yang menerima Borang Permohonan anda Dan selepas dua Tiga Bulan..silalah follow up...Itu Prosedeurnya...bagi mimi selepas sebulan mimi dah follow up..





1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...