Sunday, August 10, 2014

Erti 'Bantuan'

Bantuan
Bantuan bermaksud sesuatu yang diberikan dalam bentuk
barangan,matawang, tenaga, ilmu yang bermanfaat dan doa.
Istilah bantuan sering di gunakan bagi tujuan yang baik untuk beramal
bagi mendapatkan keredhaan ALLAH S.W.T

Keikhlasan dari hati akan lahir dari bantuan yang di berikan..tanpa
ada rasa keterpaksaan di dalam diri tersebut...

Bantuan Boleh juga di sama ertikan sebagai sesuatu pemberian yang
ikhlas dari hati yang murni tanpa ada sebarang paksaan oleh mana-mana
pihak atau individu.

Sama ada sedikit atau banyak itu adalah hak si PEMBANTU atau
terpulang bagi individu, persatuan ,badan-badan berkanun atau
sebagainya untuk bantuan-bantuan yang di hulurkan....

Banyak atau sedikit sering di jadikan ukuran bagi sesetengah pihak ,
dalam proses bantuan yang di berikan... mungkin salah faham berlaku di
atas bantuan yang di berikan....sering mengeluh..mengapa
sedikit....hanay ini yang dapat....atau sikitnya.......
Keluhan yang sering di dengari oleh mereka yang mungkin lupa apa itu Bantuan..

Untuk pihak yang telah di berikan bantuan.....SEHARUSNYA sedar dan
faham apa itu bantuan...

BANTUAN adalah sesuatu yang kita tidak menjangkan banyak atau
sedikitnya jumlah nisbahnya.... Bersyukur atas apa yang di perolehi
adalah kunci utama...

BANTUAN + SYUKUR = NIKMAT YANG LAZAT jika kita menghayatinya...
Sebagai insan di muka bumi ini...seharusnya kita berusaha bagi
menambah baik taraf hidup kita atau dalam apa jua lapangan kehidupan
menambah baik itu satu amalan yang amat di tuntut...
Usah berdoa sahaja dan mengharapkan simpati dari orang ramai atau
badan-badan yang berkewajipan....
Usaha + Doa + Tawakal + Hati yang Ikhlas adalah jalan yang terbaik...
Siapa di dalam dunia ini nak susah dan siapa yang di dalam dunia ini
tak mahu hidup senang..
Setiap insan mengidamkannya....
Tapi perlu diingat...dalam susah ada senang dan dalam senang ada
susah...Allah Akan menguji setiap hamba-hambanya dengan perbagai
dugaan yang berbeza-beza...


Nukilan Rasa mimi-moneyonline di petang ahad yang indah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...