Pegaga..ulam ulamam
Centella asiatica atau lebih dikenali deÂngan nama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan seÂseorang.
Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya.
Ia juga dikenali Âdengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. ÂPegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman.
Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
Pegaga dikatakan mampu merawat Âkerosakan kulit secara tradisi selain meningkatÂkan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin meÂngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
Bahan aktif pada pegaga yang merangÂsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus meÂngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya meÂngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu Âmeningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
Bagi yang bimbang deÂngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia Âmemiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
Istimewanya, ia meÂngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangÂkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
Lebih meÂngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningÂkatkan peredaran darah.
Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuatÂkan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan Âsaluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.
Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kanduÂngan nutrien mampu meÂnyuburkan kembali rambut tidak bermaya.
Ia mampu meÂnguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, meÂnguatkan salur darah dan akar rambut serta meÂngelak masalah rambut yang lain.
Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkatÂkan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang meÂngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.
No comments:
Post a Comment