Showing posts with label mimi-moneyonline. Show all posts
Showing posts with label mimi-moneyonline. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

PISANG BERBUAH DUA KALI

Salam semua..




Pisang berbuah dua kali...pertama kalinya di depan mata ternampak pisang berbuah dua kali  kalau nak diikutkan memang tak percaya....tapi kejadian ini berlaku di depan mata kak mimi sendiri...manakan mungkin pisang boleh berbuah dua kali...bila ternampak kejadian itu.....termenung seketika sambil merenung jauh..

Begitulah kebesaran Yang Maha Pencipta...kalau nak buat lawak....ungkapan atau peribahasa "tak mungkin pisang berbuah dua kali" dah tak boleh di gunakan pada masa sekarang..huhuhuhuhuhu....

Dunia nie umpama roda....kadang kita di atas,kadang kita di tepi dan ada kalanya kita di bawah...( dimana posisi kehidupan anda sekarang )...  sambil mimi nak promosikan website baru mimi ni...DISINI
bolehlah reg.dan masukkan gambar yang unik atau yang baik-baik.sebagai contoh macam mimi masukkan gambar pisang berbuah dua kali tu...berbalik pada soal kehidupan.....kita tak lari dari melakukan kesilapan selaku manusia biasa yang alpa dan lalai..jadi...jika terkeluar dari landasan yang betul  segeralah kita kembali ....bukan untuk mimi berceloteh  atau berleter..sekadar buat renungan mimi di alam maya ini dan meluahkan isi rasa hati yang berbeku..maafkan mimi jika terkasar bahasa...

 Lihat gambar Pisang berbuah dua kali disini

Kesabaran adalah asas yang perlu kita semai dan pupuk .Ianya memerlukan asuhan rohani yang panjang.Bukan setakat di bibir ...ianya harus lahir dari hati yang tulus ikhlas dan suci...Setiap dugaan ada hikmah yang tersembunyi ,yang harus kita renung untuk kita jadikan ikhtibar dan pengajaran dalam melalui liku-liku kehidupan...yang penuh pancaroba

Pisang tak akan berbuah tiga kali.....kesilapan yang lalu jadikan pedoman...

wasalam..
~~huge mimi~~~

Friday, April 8, 2011

CARA MANDI WAJIB ( sedikit pekongsian )

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)


Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Friday, January 28, 2011

GADIS BERTUDUNG DI HOLLYWOOD

SALAM ...

Agak lama juga mimi menyepikan diri...bukan kerana sombong tetapi kerana sibuk menjaga Bonda mimi yang garing...alhamdulillah semuanya berjalan  dengan baik..
GADIS BERTUDUNG>>>>...............

Kehadiran Yuna di persada seni tanah air tempatan harus diakui telah mengubah iklim industri muzik tanah air.
Di kala pasaran muzik semakin suram, kemunculan gadis manis dengan imej bertudung ini pantas menarik perhatian ramai.
Usianya dalam muzik arus perdana baru setahun jagung tetapi populariti dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setaraf dengan penyanyi ternama sedia ada.
Gadis bertudung yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Feder Label dan bakal merakamkan lagu-lagu terbarunya di Kensaltown Studio.
"Program itu akan menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur," katanya dan menambah program tersebut akan disiarkan menerusi 24 episod.
Program ini dibuat khusus untuk para peminat Yuna yang boleh turut sama mencipta lagu iaitu dengan membantu Yuna menyiapkan lirik lagu terbaru Yuna yang akan disiarkan melalui lawan sesawang.
"Saya akan meletakkan satu versi lagu dan akan meninggalkan satu ayat untuk dicipta oleh peminat yang boleh dihantar melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Setiap minggu saya akan memuat naik satu versi dan para peminat boleh memberi cadangan sebagai inspirasi untuk saya menyiapkan lagu tersebut," kata Yuna.
Program itu membuka peluang buat peminat Yuna untuk memenangi hadiah mingguan antaranya hadiah istimewa dari Canon, sebuah gitar tajaan The Guitar Store yang akan ditandatanganinya, serta hadiah istimewa iaitu tiket konsert istimewa Yuna yang akan diadakan selepas tamatnya projek tersebut.
Selain itu, mereka juga berpeluang untuk muncul dalam muzik video Yuna.
Projek yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines selaku penerbangan rasmi Yuna ke Hollywood ini merupakan projek pertama Yuna yang akan berkolaborasi dengan para peminatnya.
Yuna yang sememangnya teruja dengan projek ini berkata, ia merupakan peluang keemasan buat dirinya untuk memasarkan dirinya bukan di dalam dan di luar negara.
Program yang akan diterbitkan oleh Kyanite Sdn. Bhd. itu akan mula disiarkan melalui www.yunainspired.com secara langsung selama lima minit mulai 14 Februari ini dan akan mula disiarkan di Astro Hitz bermula 27 Februari.

 Semoga imej yuna berkekalan selama-lamanya dan dijadikan contoh yang baik bagi mereka yang terbabit dalam industri huburan....
Kalau ada rezki tak kemana  ...............,

~~~~Huge mimi~~~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...