Dikisahkan dalam sebuah hadist bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu
terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kalajengking, dan dikisahkan dalam hadist tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadist yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam,
"maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Rabb kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya"
Ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka niscaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Begitulah Kisah Neraka Jahanam. Naudzubillahimindzalik.. Ya Allah lindungilah kami dari adzab neraka-Mu yang sangat pedih.
10 comments:
nauzubillah..
moga syurga milik kita..
ameen!
amin yarobbalalamin.......................
Wah..... ko masih maintain post....tahniah semoga sukses buat ko...aku baru on9 semalam...tak ramai member kita skrg...kene buat member baru nie...so....ape cer dunia alam maya..ada ganas..?
Oi...aku rindu la kat ko..ko still bes cam dulu aku tau....ko maintain je...
heheheheeeeee sory bro luah isi hati kt sini..
happy to see u again my friend..
aku maintain adverlet...nuffnang tu binatang pe.....leh caye ke..?
risau gak ttg payment...nnt lapang2 email aku bro...
Banyak nk blajar ttg nuff tu ngan ko..
Aku still guna e-mail lama..
aku e-mail ko tapi x balas nape bro..?
ko online tak...?
Harapan tinggi nie nak tuntut ilmu dgn ko
Salam dari sahabat maya.............
ramai tu blogger baru2 pasang nuff...
Bro...contek aku tau....rindu sgt nie...
byak hal nak tanya pasal blogging nie....skrg dh semua muka2 baru..
Aku compius la.....
Segera di ambil tindakkan atas maklumat aku nie
Ya Allah lindungilah kami dari adzab neraka-Mu yang sangat pedih.
astrghfirullahhalazim....smoga kta smua djauhkan dari azb api neraka..ameen
semoga saja kita bukan termasuk dalam kelompok orang2 yang jauh dariNYA.
hanya sedikit info untuk dikongsi bersama dikalangan blogger dan teman2 mimi...semoga bermanfaat..thanks ya semua...
Post a Comment