Monday, August 10, 2015

Terdetik Hatinya Untuk Membantu

Salam Semua
Tiada ungkapan seindah bahasa selain dari mengucapkan Syukur atas Limpah Rahmat yang Maha Esa, Mungkin Inilah satu cabang rezeki setelah aku sekian lama berusaha di Pusat Zakat bagi tujuan Bantuan Perubatan untuk seseorang,
Alhamdulillah, di kala dalam berusaha, ada yang sudi menghulurkan bantuan , bukan dari segi wang ringgit ,barangan  tetapi dari segi berurusan,

Selama empat tahun aku mengenali En.Hussain Lempoyang, sejak dari mula aku berurusan hingga kini, dia sering bertanyakan tentang perkembangan aku tentang zakat yang aku  cuba dapatkan bagi membantu seseorang, hari demi hari bulan berganti bulan , sedikit demi sedikit onak dan duri aku lalui dengan penuh kesabaaran dalam menguruskan soal bantuan dari pihak zakat,

Kali ini mungkin dia yang mendengar cerita dari ku dah tak tahan lagi, memandangkan dia sering bertanyakan tentang perihal zakat, kekadang berjalan lancar kekadang sepi, itulah jawaban dariku padanya

Syukur atas bantuannya hampir berjalan lancar
Walaupun tahun ini sistem di PZS telah di naik taraf,
mungkin ada sedikit kelewatan,
Aku dah biasa lewat menerima apa-apa jawaban dari pihak zakat
Sabar dan pengharapan yang tinggi terus menjadi sahabatku

Moga di permudahkan 2015 ini Amin



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...