Thursday, May 27, 2010

QABIL DAN HABIL

Pada zaman dahulu Siti Hawa, isteri Nabi Adam mempunyai seratus dua puluh orang putera puteri. Setiap melahirkan pasti kembar yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Menurut syariatnya Nabi Adam, putera-puterinya itu dijodohkan antar yang satu dengan yang lainnya. Mula pertama Siti Hawa melahirkan Qabil dan Iklima. Kemudian untuk yang kedua kalinya beliau melahirkan Habil dengan Damina. Iklima itu adik Qabil mempunyai paras yang cantik sekali, sedap dipandang mata. Sedangkan Damina dianugerahi oleh Allah paras yang tidak begitu menawan seperti kakaknya Iklima.

Maka pada suatu hari Nabi Adam mendapatkan wahyu dari Allah swt yang menyuruh menjodohkan anaknya secara berselang-seli. Jadi Qabil harus dijodohkan dengan Damina, Habil dijodohkan dengan Iklima. Wahyu ini oleh Nabi Adam disampaikan kepada anak-anaknya.

"Bapak," kata Qabil, "Saya tidak akan menerima keputusan bapak, sayalah yang berhak berkahwin dengan Iklima, kerana kelahirannya bersama-sama dengan saya."

"Bapak," sahut Habil pula, "Saya tinggal menyerah kepada keputusan bapak, kerana itulah kehendak Allah."

Nabi Adam hanya diam sahaja mendengar jawapan anak-anaknya. Tetapi Qabil berkata lagi, "Tidak bapak! Saya tetap tidak setuju. Apabila bapak tetap melaksanakan putusan itu, bererti bapak memang mencintai Habil dan membenci saya."

Menghadapi keputusan anaknya Qabil yang tidak dapat ubah sama sekali ini, beliau berkata, "Anak-anakku, sekarang pergilah kamu berdua minta keputusan dari Allah, dengan membawa korban sendiri-sendiri."

Maka esok paginya keduanya pergi ke tempat di mana Nabi Adam selalu bersujud kepada Allah. Qabil membawa selonggok buah-buahan sesuai dengan pekerjaannya sehari-hari sebagai petani. Sedang Habil adiknya membawa seekor kambing sesuai dengan pekerjaannya sebagai pengembala. Keduanya lalu meletakkan korbannya masing-masing di tempat yang sudah tersedia.

Tidak lama kemudian turunlah api tanpa asap membakar korbannya Habil tanpa mendekati kurbannya Qabil. Dengan dasar inilah maka Nabi Adam memberi keputusan bahawa Habil lah yang benar, sehingga Habil berhak mengahwini Iklima. Keputusan ini membuat kedengkian Qabil terhadap adiknya Habil membara. Maka Qabil akhirnya memutuskan untuk membunuh adiknya ini. Niatnya itu betul-betul dilaksanakan sehingga pada suatu saat di hari Selasa, terbunuhlah Habil di tangan abangnya sendiri.

Sejak peristiwa ini maka mulailah terjadinya pembunuhan-pembunuhan antara sesama manusia kerana masaalah wanita. Di sinilah Qabil selalu mendapatkan kutukan kerana dialah yang telah memberi contoh sebagai seorang yang selalu menuruti hawa nafsu syaitan.

10 comments:

Reen said...

pembunuhan pertama eh?
skarang neh bukan takat erbunuh!
macam macam sanggup buat sebab sorg pompuan!
huh

Reen said...

pembunuhan pertama eh?
skarang neh bukan takat erbunuh!
macam macam sanggup buat sebab sorg pompuan!
huh

kitatauke said...

sentisa lupe kisah2 mcm ni..tq kerana tepek cite ni....jadi teringat balik....

Sufi Asri said...

sebenarnya ada banyak lagi kisah didalam kisah ini. Qabil sebenarnya membawa tanaman padi yg buruk2 (xikhlas) manakala habil membawa seekor kmbing yg sihat dan disayanginya (ikhlas). Lantas allah menerima korban yg ikhlas tersebut.

mengapakah manusia ditanam kedalam tanah? mengikut kisah yg ustazah saya ceritakan. setelah Qabil membunuh habil, dia mengusung mayat Habil ke hulu ke ilir sebab xtahu hendak berbuat apa2.. lalu allah kirimkan 2 ekor gagak yang bergaduh dan berbunuhan. gagak yang hidup lalu menanam gagak yg mati tersebut.

setelah melihat perihal gagak tersebut, barulah Qabil mendapat ilham untuk menanam mayat Habil.

sekian~

mungkin cerita ni penulis dah tahu. tapi apa2 pon saya harap lebihkan atau penjangkan cerita ini dengan isi2 dan kisah2 yang lagi terperinci.. maklumlah bukan senang nak baca kisah2 nabi lagi. =)

thx atas sharing ini.. saya harap dapat membaca kisah nabi lagi didalam blog nie. =)

kitatauke said...

zoro : sokong saudara....kl copy paste sket2 pun takpe....sbb niat same2 nak nasihat dan sampaikan kat org lain......mgkin org lain tak suke copy paste ni...tapi kl tujuan same2 nak nasihat...pade aku..takde masalah....

mimi said...

Thanks semua sudi singgah...

Nurul said...

ye setuju dengan Rononoa dan kitetauke.. terima kasih juga kat yang empunye blog sebab sudi kongsi kisah-kisah nabi.

Best sgt2 .. teringt masa sekolah dulu cerita-cerita nabi yang menjadi hiburan. sekarang ni budak2 dihidangkan cerita aladin disney aje kan :)


entry baru lagi BALA GUNA INTERNET CARI DUIT

rynas said...

oh agaknya drp situ ler..sejarah bagaimana jenazah kita ditanamkan.

Anonymous said...

hawa-nafsu memang hal yang banyak menjerumuskan manusia ... ! nice posting

mimi said...

thanks sudi singgah,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...