Saturday, May 29, 2010

SOALAN DAN JAWABAN DALAM SATU AYAT

Amirul Mukminin Khalifah Al-Mahdi ingin menambah isteri lagi, tapi selalu dihalangi oleh isterinya yang bernama Khaizuran.
"Engkau tidak boleh kahwin lagi." kata puan Khaizuran dengan tegas.
Walau bagaimanapun, Khalifah A-Mahdi bertegas juga bahawa beliau tetap ingin berkahwin lagi sehingga terjadilah pertengkaran dan perbalahan.
"Engkau tidak ada hak untuk menghalangku dari kahwin lagi, kerana Allah sendiri tidak menghalang." kata Al-Mahdi.
"Kalau Amirul Mukminin tetap berkeras, marilah kita bertahkim kepada orang alim sebelum engkau kahwin lagi." kata Khaizuran.
"Boleh, tunjuk siapa yang engkau suka."
"Terpulang kepada Amiraul Mukminin saja." jawab Khaizuran.
"Bagaimana kalau Sufyan Ath-Thauri?" tanya Al-Mahdi.
"Saya setuju." jawab Khaizuran.
Pergilah Khalifah Al-Mahdi bersama Puan Khaizuran kepada Sufyan Ath-Thauri seorang ulama Fekah yang masyhur dan wara' ketika itu.
"Wahai Syeikh! Saya ingin berkahwin lagi, tapi puan Khaizuran menghalangnya. Dia berkata bahawa aku tidak boleh berkahwin lagi, padahal Allah tidak melarang." kata Al-Mahdi sambil membaca firman Allah yang ertinya, "Maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu sukai dua, tiga atau empat..." (An-Nisa: 4)".
Setelah membaca potongan ayat tersebut, Al-Mahdi diam. Kemudian Sufyan berkata, "Aku minta agar Amirul Mukminin meneruskan ayat tersebut."
Al-Mahdi pun meneruskan ayat yang dibacanya yang ertinya: "Kemudian jika kamu tidak adil, maka kahwinilah seorang sahaja..."
"Nah engkau tidak adil" kata Sufyan Ath-Thauri.
Mendengarn itu, kembanglah telinga puan Khaizuran dan Khalifah Al-Mahdi merasa puas dengan jawapan yang diterimanya. Beliau telah memberi hadiah kepada Sufyan sebanyak sepuluh ribu dirham, tapi ditolaknya.

8 comments:

warnatulisan said...

suatu contoh untuk masa kini, dimana kejujuran tidak dapat dibeli. Salam

reen_sofee said...

oo maksud nye al mahdi tuh tak adil laa yek?

wadud@duad said...

sebelum tuh nak gtau, sya ikut ekh perkembangan blog anda :p, sebab best banyak info, lain2 xder maksud tersirat @ tersurat :-)

penah gak denga pasal kawen lebih dari satu, tapi tu la nak cerita pasal adil memang xder manusia yang adil, kalau x kenapa Allah letak ayat masna wa sulasa wa rubag'? 2 atau 3 atau 4, sebab kat situ Allah bagi @ ada hak atas laki untuk kahwin lebih dari 1 dan lihat pada kemampuan dengan keadilan dia, kalau kita tengok balik, kenapa musti nak halang sedangkan itu satu tiket yang pasti seorang wanita menuju ke syurga?? hehe.. sekadar kata2 dari sya jer tuh :p

mimi said...

thanks all my friend...

aly said...

tapi ada gak lelaki skrg yg tak peduli. janji dapat kawen 4 yg kononnye ikot sunnah. asal kawen je nak ikot sunnah. benda lain tak nak lak ikot sunnah ye..

aly said...

tapi ada gak lelaki skrg yg tak peduli. janji dapat kawen 4 yg kononnye ikot sunnah. asal kawen je nak ikot sunnah. benda lain tak nak lak ikot sunnah ye..

TeRRoRRiZZ said...

selalunye lelaki ingat ayat yang pertame

yang kedue tu tak ingat...

hurmmmmmm

"om_rame" said...

saya setuju sekaLi dengan postingan Kak Mimi, cukup singkat namun mengandung makna yang cukup Luas.
sehingga seseorang yang menginginkan sesuatu yang diperboLehkan dan haLaL, tetapi hendaknya terlebih dahuLu dicermati dengan bijak.
terima kasih banyak Kak Mimi atas informasinya, sangat bermanfaat sekaLi untuk kita semua sebagai media pengingat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...