Sunday, August 29, 2010

Syaitan di rantai di bulan Ramadhan

Isu ‘syaitan diikat atau dirantai’ di bulan Ramadhan adalah di antara perkara yang telah diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Asas kepada maklumat ini ialah sabda Rasulullah Alaihis Salatuwassalam :

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai.

(H.R Bukhari, Tirmizi, Nasa`iy, Malik dll)
Namun, apakah erti ‘syaitan dirantai’?
Adakah maksiat dan kejahatan menjadi sifar di bulan Ramadhan?
Jika syaitan dirantai, mengapa ahli-ahli maksiat dan kejahatan masih wujud di bulan yang mulia ini?
Di sini dinukilkan beberapa pandangan dari ulama-ulama hadith berkaitan maksud ‘syaitan dirantai’ di bulan Ramadhan.
Pandangan 1 :
Maksud syaitan diikat ialah hanya ketua syaitan-syaitan yang ditangkap dan dirantai di bulan Ramadhan ini. Dengan kata lain, syaitan-syaitan kecil @ syaitan prebet masih dibiarkan bebas. Sementara syaitan otai berpangkat jeneral terpaksa meringkuk di dalam penjara Allah s.w.t. 


Asas pandangan ini ialah sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Nasa`iy, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan lain-lain.
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ
Apabila masuk malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang degil (kuat) dirantai dan diikat.
Bahkan, versi hadith riwayat Imam Nasa`iy, Ahmad dan lain-lain ada menjelaskan :
وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ
Dan diikatkan syaitan-syaitan yang kuat dan degil di bulan Ramadhan.
Justeru, hadith ini lebih mendetilkan maksud syaitan yang dirantai secara lebih spesifik. Ianya tidaklah semua. Tetapi hanya syaitan yang punya kreativiti hebat dan berpengalaman luas dalam menyesatkan anak Adam sahaja yang ditahan.
Pandangan 2:
Pandangan ini mentakwilkan ‘ikatan’ atau ‘rantaian’ ke atas syaitan itu secara kinayah atau majaz.
Ia boleh dilihat daripada kata-kata ulama yang dipetik dari kitab Fat-hu al-Bari.
وَتَصْفِيد الشَّيَاطِين عِبَارَة عَنْ تَعْجِيزِهِمْ عَنْ الْإِغْوَاءِ وَتَزْيِين الشَّهَوَات
Merantai syaitan (di bulan Ramadhan) memberi erti melemahkan mereka dari menyesatkan manusia dan dari membantu syahwat (dalam kerja-kerja melalaikan insan).
Kata-kata ini disokong `Iyadh r.a.
وَأَنَّ الشَّيَاطِينَ يَقِلُّ إِغْوَاؤُهُمْ فَيَصِيرُونَ كَالْمُصَفَّدِينَ
Sesungguhnya syaitan kurang mampu menyesatkan insan (di bulan Ramadhan). Maka keadaan ini menjadikan mereka seolah-solah seperti dirantai.
Kesimpulan pandangan kedua ini ialah tiada syaitan yang dirantai di dalam ‘lokap’ Allah. Hanya yang dikunci ialah sebahagian kekuatan dan kemampuan mereka. Mereka menjadi lemah dan ‘kurang cergas’ dalam usaha melemahkan iman insan. Justeru hal ini ‘sepatutnya’ membantu golongan beriman untuk memeriahkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah.
Maksiat berkurangan di bulan Ramadhan?
Sekalipun ketua-ketua syaitan telah diikat atau kekuatan mereka telah dilemahkan, namun ia tidak menjamin maksiat menjadi sifar atau mengurangkan statistik maksiat di bulan Ramadhan.

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa maksiat hanya berkurangan kepada mereka yang melaksanakan puasa dengan konsepnya yang sebenar, iaitu puasa yang bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi juga memelihara adab-adab berpuasa pada anggota yang lain.
Maksiat masih berpeluang berleluasa di bulan Ramadhan. Ini kerana tidak semua individu muslim dapat menghayati serta memahami konsep puasa yang sebenar.
Bahkan tidak semua maksiat itu berpunca dari syaitan. Antara lain punca berlakunya maksiat ialah akhlak dan kebiasaan buruk yang sudah sebati dengan jiwa seseorang serta sikap mazmumah yang sudah lama tertanam dalam hati manusia.
(Ruj . Fathu al-Bari, Jil. 6, MS 136)
Selain itu, maksiat juga boleh meningkat akibat kempen dan usaha gigih syaitan-syaitan di kalangan manusia.
Allah mengingatkan kita tentang golongan syaitan bertopengkan manusia ini.
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
(Syaitan itu) adalah di kalangan jin dan manusia

An-Nas : 6

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).
Al-An`am : 112
Justeru, semua manusia yang terlibat dalam memesongkankan orang lain dengan idea-idea sesat, berkempen maksiat dalam media elektronik dan cetak, mengajak rakan-rakan meninggalkan ketaatan dan menggalakkan manusia berkelakuan buruk, semuanya itu dikategorikan dalam golongan syaitan manusia.
Kerosakan iman dan akhlak yang serius
Dari sudut yang lain, ketiadaan ketua-ketua syaitan atau kelemahan mereka di bulan yang mulia ini adalah menjadi kayu pengukur dalam menilai iman dan akhlak insan.
Jika dalam 30 hari yang mulia ini seseorang itu masih terus berdegil dan terlibat dengan perkara-perkara dosa dan haram, serta tiada reformasi qalbi dan islah imani, maka ia jelas menunjukkan tahap kelemahan iman yang serius serta krisis moral yang sangat dahsyat.
Di saat hanya syaitan-syaitan amatur serta kurang mahir dan pengalaman meneruskan kerja-kerja menyesatkan insan, ada yang masih mudah ditipu dan disesatkan.
Insan lemah ini masih ‘kemetot’ (komited) memakan rasuah, mendedah aurat, bercakap lucah, mendekati zina, menipu dalam berkata-kata dan sebagainya.
Umpama seorang dewasa dengan mudah ditipu oleh budak kecil yang baru petah bercakap. Sungguh aneh dan betapa lemahnya orang ini.
“Apalah punya lemah dan dungunya orang ni, dengan budak kecil pun boleh ditipu!”
Dengan kata lain, maksiat yang masih gagal dihentikan dalam bulan Ramadhan melambangkan kedegilan pelakunya serta menunjukkan betapa fitrahnya telah dicemari secara total.
Golongan ini harus cepar sedar biar tidak terlambat.
Jibril mendoakan agar golongan ini dijauhkan dari rahmat Allah. Doa ini telah diaminkan oleh Rasulullah Alaihis Solatuwassalam.

بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَقُلْتُ: آمِينَ

Semoga semakin jauh seseorang itu dari rahmat Allah, jika ia bertemu Ramadhan namun ia masih tidak mendapat pengampunan daripada Allah. Maka aku menjawab : "Amin!"

(H.R Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tabrani dll)
Ianya satu permintaan yang sesuai dengan kedegilan dan kehendak golongan ini.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Saturday, August 28, 2010

For New Blogger Only

       


                   Salam .....kepada semua  blogger,  yang masih baru di alam maya ini...mimi dengan berbesar hati dan sukacita memberikan AWARD ini sebagai suntikan semangat dan motivasi bagi anda semua untuk terus blogging..
                  Tidak ada yang dapat mimi gambarkan bagaimana  untuk

Saturday, August 21, 2010

Iklan Nuffnag Adakah Haram...Oh,,,,Nuffnang...



             Seperti biasa kaka mimi akan BW..ke semua tempat geng-geng blogger..tersentak seketika dengan disuatu persingganhan...tentang Nuffnang...syarikat pegiklanan yang menyedikan sedikit peluang kepada blogger-blogger baru seperti

Friday, August 20, 2010

Senarai BLOGGER yang ber PR



                   Berikut adalah senarai blogger yang ber_PR-1 hingga PR-5...yang sempat mimi senaraikan sepanjang mimi BW...bagi mereka yang ingin mengetahui kedudukan PR blog anda siula kebawah....mimi ada sediakan tool, hanya masukkan alamat blog anda dan tekan ENTER...jawapannya akan anda ketahui..

Thursday, August 19, 2010

BLOGSTARZ PENIPU..!!

          Salam...semua..minggu nie mimi mengorak langkah untuk kembali bertugas seperti dahulu kala...Ketika lunch  ..mimi bersama-sama dengan rakan -rakan  lunch diluar....dalam lapan mata di satu meja ....sempat juga berdebat tentang beberape perkara....antaranya BLOGSTARZ...blogstarz penipu...

           Almaklumlah hampir dua bulan mimi tak bersama-sama dengan rakan pejabat ...so banyak perkara yang timbul menjadi perbualan hangat...mimi lebih minat pada internet...so kali ni mimi cuba nak kupas tentang BLOGSTARZ... di perbualan mimi ... cuba tengok nie menarik tentang blogstarz.. pengajaran-bersama-blogstarz

              Mimi terkejut juga pada mulanya...baru mimi tau ada dikalangan orang melayu yang serius untuk memajukan dunia I.T.nak bagi celik I.T dikalangan orang melayu..
Niat yang bagus dan murni..seronok juga  pada mulanya bila dengar tentang blogstarz..
Pencarian bermula pada sebuah artikel disini LEBUR RM99.00 ADALAH TITIK PEMULA BAGI MIMI UNTUK mengupas lebih lanjut lagi..

               Tertarik dengan artikel disini NILAI SEBENAR BLOGSTARZ mimi berangapan bukan penulis blog itu suka-suka untuk menulis kalau bukan dari fakta yang lengkap..em...Siapa dikalangan kita yang tak nak duit...bila dah ada jalan yang dipromosikan pastinya kita berlumba-lumba ...adat dalam kehidupan jatuh tersungkur digilis lori pula..ramai dikalangan yang telah join blogstarz..namun hakikatnya...mereka tertipu dan luahan rasa yang mimi dapat cari disini  luahan rasa dan juga disini skimtipu.com. Apakan daya hanya coretan maya yang dapat dilihat untuk luahan rasa hati mereka.. mengapa..?

               Sayang seribu kali sayang ..nama Blogstarz dan segala macam muslihat tidak berpanjangan , mengorak langkah ke tahun 2010 ini...   ramai dikalangan penjana duit melalui online lebih berhati-hati..
 BUKAN CORETAN INI UNTUK MENJATUHKAN BANGSA SENDIRI..
Tapi................. mimi rasa terkilan.... bangsa sendiri sangup menindas bangsa sendiri...cuba bayangkan ..terdetik seseorang itu untuk mengetahui tetang dunia I.T .... dan menemui blogstarz...terkandas di tengah jalan dengan sejarah hitam bersama dengan blogstarz...mungkin terkubur niat untuk mempelajari I.T.. Dimana MOTO blogstarz untuk mencelikkan bangsa melayu yang buta I.T...adoi..

              Semakin ramai yang sumpah seranah....adakah hidup akan menjadi damai dan tenteram...teringat mimi pada satu ayat.."DUGAAN YANG PALING HEBAT ADALAH DENGAN KEKAYAAN HARTA YANG MELIMPAH RUAH"...SEMOGA DAPAT DIJADIKAN PENGAJARAN..BUAT MIMI /
Free Auto Backlink

Thursday, August 12, 2010

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2010

Kehadiran Ramadhan sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Di kesempatan ini saya ingin kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri-negeri di Malaysia untuk tahun 2010. Selamat beribadah di bulan Ramadhan, semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah.

BIL NEGERI ZON
1 MELAKA MELAKA
2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5 SABAH ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6 TERENGGANU ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7 KELANTAN ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8 SELANGOR ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9 PAHANG ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
LABUAN
11 PERLIS PERLIS
12 NEGERI SEMBILAN ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEBU
13 KEDAH ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
14 PULAU PINANG PULAU PINANG

Thursday, August 5, 2010

Wasiat Umar ra. kepada Abu Musa Al-Asy'ary ra.

Ibnu Abi Syaibah mentakhrij dari Adh-Dhahhak, dia berkata, "Umar bin Al-Khaththab ra. pernah menulis surat kepada Abu Musa Al-Asy'ary ra., yang isinya:

"Kekuatan dalam amal akan terwujud jika kalian tidak menangguhkan yang harus dikerjakan pada hari ini hingga besok. Jika kalian menangguhkannya, maka akan datang amal-amal baru yang membebani kalian, lalu kalian tidak tahu mana yang harus dilaksanakan, sehingga kalian justru menyia-nyiakan semuanya.

Wednesday, August 4, 2010

Umar r.a di Malam Hari

Abu Nu'aim mengeluarkan dari Al-Auza'y, bahwa Umar bin Al-Khaththab ra. pernah keluar di tengah kegelapan malam. Secara kebetulan Thalhah ra. melihatnya. Umar segera pergi. Dia memasuki rumah demi rumah untuk melihat keadaan para penghuninya. Keesokan harinya Thalhah mengunjungi sebuah rumah, yang dihuni seorang perempuan tua yang tidak mampu berjalan karena penyakit yang dideritanya.

"Ada urusan apa orang laki-laki itu mendatangimu semalam?" tanya Thalhah ra.

Tuesday, August 3, 2010

Abu Ubaidah bin Jarah ra.

Kelahiran dan perkembangannya:
Abu Ubaidah bin Jarah ra. lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarah yang dijuluki dengan Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, dia disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.

Monday, August 2, 2010

Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.huma

Dikeluarkan oleh At-Thabarani dan Abu Ya'la dari Abu Funail dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan radhiallaahu 'anhu, dimana Mu'awiyah ra. telah menaiki mimbar pada hari Qimamah dan berkata dalam khutbahnya, "Sesungguhnya harta rampasan adalah harta kami dan terserah kepada kami untuk membagi-bagikannya. Barangsiapa yang kami kehendaki, kami akan memberikan kepadanya dan barangsiapa yang tidak kami kehendaki kami tahan dari membagikannya". Tidak ada seorangpun yang menjawab kata-katanya itu. Pada hari Jum'at yang berikutnya beliau berkata-kata dengan perkara yang sama sehingga lah hari Jum'at yang ketiga di mana beliau juga berkhutbah dengan perkara yang sama.

Maka seorang lelaki yang hadir di dalam Masjid itu telah berkata kepadanya, "Tidak sekali-kali, sesungguhnya harta tersebut adalah milik kami semua (dan harus dibagi-bagikan dengan adil). Barangsiapa yang menghalang kami dari harta tersebut kami akan berhukum kepada hukum Allah dengan pedang-pedang kami". Lalu Mu'awiyah ra. pun turun dari mimbar dan mengutus seseorang untuk memanggil lelaki itu.

Orang-orang (Muslimin) pun berkata, "Binasahlah lelaki itu".

Kemudian kaum muslimin pun masuk menemui Mu'awiyah ra. di dalam rumahnya dan mendapati lelaki itu sedang duduk di atas tempat tidur. Maka berkatalah Mu'awiyah ra. kepada orang ramai, 'Lelaki itu telah menyinari rohaniku pada hari ini, maka Allah akan menyinari jiwanya juga, aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallaam bersabda,

"Akan terjadi setelahku seorang Amir akan berkata-kata dengan sesuatu yang bertentangan dengan syari'ah dan tiada seorangpun yang menentangnya. Dengan itu mereka akan dilemparkan ke dalam neraka sebagaimana monyet memasuki neraka (berlompatan karena epanasan)".

Aku telah berkhutbah kepada kamu pada hari Jum'at yang pertama, maka tidak ada seorangpun dari kamu yang bangun menentangku, lalu aku takut sekiranya aku menjadi golongan amir tersebut. Kemudian aku sekali lagi berkhutbah dengan perkara yang sama pada hari Jum'at yang kedua, maka tidak ada seorangpun yang membangkangi aku. Akupun berkata kepada diriku sendiri, "Sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan amir tersebut". Kemudian sekali lagi aku berkhutbah dengan perkara yang sama pada hari Jum'at ketiga, maka lelaki ini telah bangun dan membantahi aku. Maka dia telah menghidupkan aku, lalu Allah akan menghidupkannya'.

Kata Al-Haitsami, ianya telah diriwayatkan oleh At-Thabarani di dalam kitab Al-Kabir, Al-Ausad. Abu Ya'la dan perawi-perawinya adalah kukuh.

Sunday, August 1, 2010

Said bin Musayab rah. (tabieen)

Seorang Tabiin merdeka, bertipe sangat langka. Puasa di siang hari, salat tahajud di waktu malam. Dia sempat menunaikan ibadah haji sebanyak empat puluh kali. Tidak pernah ketinggalan takbiratul Ihram dalam salat jemaah selama empat puluh tahun dan tidak pernah ditemukan melihat tengkuk seseorang pada waktu salat, selama itu juga, karena selalu berada di baris pertama.

Lebih memilih kawin dengan putri Abu Hurairah ra., meski mampu mengawini wanita Quraisy yang dia kehendaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...