Wednesday, April 11, 2012

BISKUT COCO CRUNCH


BAHAN-BAHAN

170 Gram marjerin
100 gram gula
1 biji telur
130 gram tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
50 gram tepung jagung
2 sudu susu tepung
50 gram oat
20 gram sultana / kismis hitam
80 gram koko crunch - diramas kasar

Hiasan  --  ceri merah 

Cara Menyediakan :
1. Pukul majerin dan gula  dengan sebati sehingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
3.Ayak tepung gandum, serbuk penaik , tepung jagung dan susu tepung, kemudian gaulkan bersama oat dan sultana
4.Masuk semua bahan kering dan gaul
5. Sudukan lebih kurang 10 gram ke dalam cawan kertas,
6. Hias dengan ceri merah yang di potong mengikut kreativiti anda.
7. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah selama 15- 20 minit...dan sejukkan...

4 comments:

mama pipie said...

salam ol fren.. sedapnye biskut ni. nak sket bleh?

mama pipie said...

masuk sini aje ternampal makanan.. lahai sabo je hihi

EmbunRosaliza said...

assalam mimi, sedapnya, oh dh byk masak2 kat sini ya

mimi said...

@ EmbunRosaliza lebih kurang begitulah....

@mamapipie... huhuhuhu cuba la....resepi tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...