Monday, April 14, 2014

Mendapatkan Anak Yang Hebat

Untuk mendapatkan anak yang hebat, ibu bapa tidak boleh lari daripada melakukan pengorbanan, antaranya:


1. Berkorban masa untuk anak


Bagi anak, nilai sebuah kasih sayang diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama iaitu bersama setiap anak secara individu. 

Ia menuntut komitmen tinggi daripada ibu bapa tapi bagi mereka yang mementingkan anak, komitmen itu dilihat sesuatu yang biasa dan mudah untuk dilaksanakan. 
Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan de­ngan tidak menghabiskan masa dengan anak sebelum mereka bermasalah. 

Sebaliknya, mula me­nyedari kesilapan apabila anak bermasalah lalu berusaha meluangkan masa untuk mereka. 

Ketika itu keadaan sudah sukar untuk dikawal. Pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian dan persepsi negatif yang membina jati diri mereka. 

Ambil tahu perkembangan, persekolahan, kawan, hobi dan segalanya yang berkaitan dengan hidup anak. Jangan sesekali cepat campur tangan, nanti anak akan rasa terkongkong. 

2. Korbankan perasaan dan ego kita 

Ada ketikanya anak melakukan sesuatu yang melukakan hati dan mengecewakan, namun kita tidak boleh berputus asa. 

Kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting dalam mendidik anak menjadi dewasa. 

Mereka memerlukan kita untuk memahami jiwa dan pemikiran mereka. Mereka juga memerlukan kita ketika menghadapi masalah untuk menjadi pendengar dan penasihat yang baik. 

3. Korbankan kehendak kita demi kebaikan anak 

Ada ketikanya apa yang anak mahu atau lakukan adalah bertentangan de­ngan kehendak kita. Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedang­kan kita mahukan mereka menjadi jurutera. 

Cuba ambil kira panda­ngan anak. Jika logik, pertimbangkanlah. Apa-apa keputusan dan tindakan yang mahu diambil pastikan ke­sannya positif terhadap anak. 

4. Korbankan keseronokan kita demi keseronokan anak 

Ada ketikanya kita terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kegemaran dan keseronokan kita demi anak. 

Setiap anak itu unik dan berbeza sama ada dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. 

Oleh itu, belajar untuk menyukai apa yang anak kita sukai untuk memupuk kehebatan dianugerahkan oleh Tuhan kepada anak kita. Malah, jika kita tidak berkebolehan, cukuplah dengan sokongan moral yang diberikan. 

Anak perlukan kehadiran ibu bapanya dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu, puji apabila perlu dan bantu setakat terdaya. 

6. Berkorban wang ringgit 

Ramai ibu bapa mahu anak mereka berjaya tapi tidak mahu membuat pelaburan demi masa depan. 

Harga sebuah kejayaan bukanlah murah. Jika ibu bapa perlu keluarkan wang untuk pendidikan dan pembentukan sahsiah, keluarkanlah tanpa berkira dan mengungkit. 

Salah satu pelaburan yang pasti membawa keuntungan adalah pelaburan dalam pembangunan ilmu. Jumlah yang dikeluarkan hari ini akan memberikan pulangan dan kepuasan pada esok hari. 

Pengalaman pelajar yang mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar membuktikan betapa anak yang dulu­nya lemah dan sederhana pencapaiannya, prestasi pelajaran meningkat secara mendadak hanya dengan menghadiri seminar dua hari ini. 

Ia satu bentuk pelaburan yang positif. Ada ibu bapa yang sayang duit dan merasakan bahawa program atau seminar motivasi satu pembaziran.

Mereka berpanda­ngan demikian disebabkan tidak mendengar cerita daripada ibu bapa yang berpuas hati selepas anak mendapat input positif. 

Sebenarnya apa saja pelaburan bagi menambah ilmu di dada adalah pelaburan yang menguntungkan. 

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...