Perhatian untuk mereka yang sudah BERKAHWIN sahaja.
Entry Ini Mengandungi unsur-unsur 18sx, harap maklum
Hubungan asmara boleh dilakukan dengan pelbagai cara, pada bila-bila masa dan di tempat-tempat yang berbeza. Kerana itulah ia dianggap sebagai satu jenis seni yang memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup untuk mendapat manfaat daripadanya.
Anda perlu membuka minda anda dengan menganggap seni asmara itu suatu aktiviti yang suci, mendatangkan pahala, romantis, menyeronokkan dan menguji tahap kebijaksanaan dan kreativiti anda dan pasangan untuk mendapat kepuasan bersama. Orang yang tertutup mindanya akan sentiasa menganggap asmara itu sebagai suatu perkara yang jijik, memalukan, kotor dan hina.
Mereka ini juga tidak boleh menerima teknik-teknik asmara moden yang dianggap kebaratan padahal ia tidak pun menyalahi atau melanggar hukum agama. Hubungan asmara boleh dibahagikan kepada dua, iaitu seks dalaman dan seks luaran. Seks dalaman melibatkan dayungan zakar dan pancutan air mani ke dalam faraj manakala seks luaran tidak melibatkan pemasukan zakar dan pancutan air mani ke dalam faraj.
Seks luaran dilakukan apabila keadaan tidak mengizinkan isteri untuk disetubuhi suami. Misalnya ketika isteri datang haid ataupun mencapai waktu subur di mana persetubuhan akan menyebabkan kehamilan yang tidak dirancang. Apabila tiba waktu-waktu seperti ini, seks luaran adalah amat penting untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Asmara boleh dimulakan dengan pelbagai cara:
1.Godaan dan ajakan pasanganCara ini memerlukan salah seorang mengajak pasangannya melakukan hubungan asmara samada suami atau isteri. Isteri juga perlu berperanan menggoda suami untuk melakukan asmara.
2.SpontanAsmara spontan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja yang anda berdua rasakan sesuai. Ia tidak memerlukan ajakan secara lisan dan tidak memerlukan persetujuan pasangan. Sebagai isteri, anda boleh memeluk suami anda, menanggalkan pakaiannya, membelai tubuhnya dan menciumnya ketika dia sedang menonton TV di atas sofa ruang tamu, dan suami akan tahu dengan sendirinya yang anda inginkan belaian asmara darinya. Suami juga boleh merangkul isteri yang sudah selesai memasak dan terus berasmara dengannya di dapur. Asmara spontan seelok-eloknya dilakukan pada hari cuti di mana anda berdua tidak terikat dengan apa-apa tugasan, serta tidak ada sesiapa lagi di rumah melainkan anda berdua sekiranya asmara dilakukan di ruang tamu.
3.Perancangan mengikut jadualAnda juga boleh merancang membuat jadual asmara bersama-sama pasangan untuk menentukan hari untuk melakukan asmara serta siapa yang perlu memainkan peranan utama. Sebagai contoh, anda dijadualkan berasmara bersama pasangan 6 kali seminggu. Untuk 3 hari pertama, anda memainkan peranan paling aktif dan anda memilih posisi yang anda ingini. Untuk 3 hari berikutnya, giliran pasangan anda pula memainkan peranan paling aktif dan memilih posisi yang diingininya.
No comments:
Post a Comment