Friday, August 22, 2014

ADUHAI

Bukan hendak membuka pekong di dada, tetapi melihatkan wajah sayu yang jelas terpancar tergerak untuk mencoretkan sesuatu di ruangan blog ini, rasa bersalah atau mungkin ini yang telah disuratkan olehNYA...

Pada peringkat permulaan semasa aku mengisikan borang permohonan zakat...jelas wajah kecerian bersinar di wajahnya. Hari berganti hari bulan berganti bulan , akhirnya usaha dan berkat doa aku di makbulkan beserta dengan doa-doa mereka yang berharap..Tak pernah jemu bertanyakan status perkembangan untuk sipulan di kaunter zakat yang berhampiran dan juga di pusat zakat selangor.
Kalu nak kira tebal tak payah ukur..mungkin dah berkilometer panjangnya.

Setelah 10 bulan berusaha akhirnya membuahkan hasil , tetapi hasil yang di impikan tidaklah seperti yang di harapkan..walau sedikit aku bersyukur tetapi ada hati-hati yang bermuram durja, mungkin tak seperti yang di harapkan...
Bak kata pepatah 'KALAU TIADA ROTAN, AKAR PUN JADILAH' itu pada hati nurani aku yang tidak mengalami nasib seperti sipulan hanya dapat merasakan sedikit kesusahan dan penderitaan aku bersimpati dan bukan sekadar bersimpati... aku turut membantu sedaya yang mungkin.. inilah hasil , apa yang aku usahakan..

Ada hikmah di sebalik apa yang aku dan sipulan perolehi..
Aku masih merenung dan bermuhasabah tentang diriku, di manakah salah silapnya atau  kekurangan yang aku harus perbaiki .. dalam diri ini selaku insan yang naif di muka bumi ini..

Jauh sekali untuk menuding jadi kepada sesiapa sebaliknya aku cermin diri aku...
Mungkin ada sesuatu yang aku tidak ketahui..aku masih lagi berfikir menyelami jiwa nurani ku...mengimbas kembali detik-detik yang ku lalui semasa berurusan. Adakah aku terlalu mengharap atau terlalu menagih simpati untuk sipulan .
Rasanya di kotak fikiran aku....'Aku buat dan minta pada tempat yang sewajarnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...