Wednesday, March 5, 2014

HANGATKAN SUASANA BERSAMA SUAMI

2. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik
dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan
tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti
tidak menjeling pada orang lain.

3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang
macam penunggu pohon beringin,dahi berkerut,
bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan
pipi pula berminyak semacam. 4. Suami suka melihat penampilan seorang isteri
yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan
terlalu manja, nanti suami pulak naik lemas. 5. Sambutlah kepulangan
suami dengan haruman.
Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan
semangat. 6 . Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri,
oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu
kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya
semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan
bunga-bungaan wangi di atas tilam. Bukan bau
minyak angin.

7. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada
suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika suami
marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk
beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara
sopan.

8. Selalu berdoa agar rumahtangga yang dibina
kekal ke akhir hayat. Zikir Pelembut Hati - Zikir ini elok diamalkan oleh
isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke
atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau
isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.
Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati
(dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan
hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan
atau pintu perbincangan.

4.Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah
hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan
besi"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...