Wednesday, March 5, 2014

Jenis jenis bantuan

PERKHIDMATAN BANTUAN KEWANGAN Kelayakan Umum/Asas Untuk Memohon
Bantuan Kebajikan Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat
asas kelayakan seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia dan
bermastautin di Malaysia atau bagi Penduduk Tetap (PR) hendaklah
bermautautin sebelum 1957. 2. Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan
Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di
Sarawak dan RM960 di Sabah 3. Golongan yang memerlukan. (Faktor-faktor
lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap
permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga,
keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap
kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).
**Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian (PKMD/J/B) di seluruh
negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan
untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan
kepada pemohon. urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian
bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan BUKAN HAK! Catitan
Perkhidmatan bantuan kebajikan adalah Tanggungjawab Bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri berdasarkan kepada
Senarai III, Perkara 95B (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 13
skim bantuan yang disediakan : 1. Bantuan Kanak-kanak(BKK) Kadar
Tujuan Syarat Kelayakan RM100 sebulan seorang.
Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi empat
(4) orang kanak-kanak. *Tempoh bantuan : 12 bulan Memastikan
keluarga miskin dan ibu tunggal
terus menyara anak-anak
dalam satu keluarga. 1. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak
(kanak-kanak). 2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah. 3.
Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan. 4.
Kanak-kanak yatim/yatim piatu. 5. Kanak-kanak yang mempunyai
ibubapa/penjaga
yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat,
berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan. 2. Bantuan
Orang Tua (BOT) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan RM300 sebulan seorang
*Tempoh bantuan : 12 bulan Saraan hidup kepada warga emas yang
memerlukan
bantuan
supaya terus tinggal dalam
komuniti. 1. Warga emas berumur 60 tahun ke atas. 2. Tiada mata
pencarian tertentu untuk menyara hidup. 3. Tiada keluarga atau
mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan. 3.
Elaun Pekerja Cacat (EPC) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan RM300 sebulan
seorang *Tempoh bantuan : 12 bulan Sebagai insentif untuk
menggalakkan
OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat
yang produktif. Membantu
menampung
keperluan
hidup seharian dan
meningkatkan
taraf hidup OKU dalam
masyarakat. 1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyaraka. 2.
Bekerja sendiri atau dengan majikan. 3. Pendapatan tidak melebihi
RM1,200 sebulan. 4. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan
kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma. 4. Bantuan
OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan RM150
sebulan seorang *Tempoh bantuan : 12 bulan Membantu
menyara
kehidupan
golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Mempertingkatkan
kualiti hidup dan kesejahteraan
golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja. Mengelak atau mengurangkan
kemasukan
kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. 1. Warganegara
Malaysia dan bermastautin di Malaysia. 2. Sumber pendapatan individu
tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk
kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk
Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan
bulanan, insurans dan lain-lain. 3. OKU berdaftar dengan JKM. 4.
Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan. 5.
Berumur antara 18 - 59 tahun. 6. Bukan penerima skim Bantuan Bulanan
JKM sedia ada. 7. Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi
Kerajaan dan NGO Kebajikan. 8. Bagi keluarga yang menerima bantuan
bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang
berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan
kepada pemohon. 5. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik
(BPT) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan RM300 sebulan seorang *Tempoh
bantuan : 6 bulan Membantu
meringankan
bebanan
perbelanjaan
penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga. Menggalakkan
penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit
Kronik terlantar. Mempertingkatkan
kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat. Mengelak atau mengurangkan
kemasukan
kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Mempertingkatkan
kesejahteraan
keluarga. 1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. 2.
Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / Pesakit
Kronik. 3. Sedang memberi jagaan kepada ahli keluarga yang OKU /
Pesakit Kronik sepenuh masa. 4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi
RM3,000 sebulan. 5. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
6. Bantuan Anak Pelihara (BAP) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan RM250
sebulan bagi
seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara
dua (2) orang kanak-kanak atau lebih. *Tempoh bantuan : 12 bulan
Membantu
kanak-kanak
yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tidak
mempunyai
saudara-mara
supaya terus tinggal di dalam
masyarakat
bersama-sama
dengan
keluarga ganti. Meringankan
tanggungan
keluarga ganti yang sanggup menjaga anak- anak pelihara sebagai anak
sendiri. 1. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah 2. Kanak-kanak yang
tidak mempunyai ibubapa. 3. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan
keluarga ganti. 4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat
menerusi Akta Pengangkatan
1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. 5. Kanak-kanak yang
diambil dari "Program Anak Pelihara" yang dikendalikan oleh JKM. * Had
pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan 7. Bantuan Am (BA Kadar
Tujuan Syarat Kelayakan Min:-
RM80.00 sebulan seorang Maks:-
RM350.00 sebulan sekeluarga *Tempoh bantuan : 12 bulan Memberi
bantuan
kepada
kumpulan sasar Jabatan yang tidak
berkemampuan
dan
berkeperluan
untuk
meringankan kesulitan
kewangan
mereka buat sementara
waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari 1.
Pendapatan sebulan di bawah PGK semasa 2. OKU yang memerlukan 3. Orang
terdampar 4. Orang papa 5. Kes wanita dan gadis dan sebagainya 6.
Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan (faktor-faktor lain
yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan
juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah
kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan
keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga). 8. Geran
Pelancaran (GP) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan Maksima RM2,700
sekaligus Membantu klien
JKM yang mempunyai
minat dan potensi untuk maju dengan menceburi
bidang
perusahaan,
pertanian atau perniagaan
kecil. Membolehkan
klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari
serta meningkatkan
taraf hidup mereka. 1. Penerima bantuan bulanan JKM yang berupaya
mengusahakan sesuatu projek misalnya ibu tunggal atau anak-anak
mereka. 2. Orang Kurang Upaya (OKU). 3. Bekas pelatih dari Institusi
Kebajikan. 9. Bantuan Bencana (BB) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan
Sehingga RM5,000 maksimum
sekaligus Jangka Pendek: Memberi
bantuan segera di pusat pemindahan
seperti tikar, selimut,
makanan
kering dan set kit bencana. Jangka
Panjang:
Memberi
bantuan
pemulihan bagi memulakan
kehidupan
selepas
bencana
berupa
bantuan kewangan
kerana
kerosakan
harta benda. Mangsa bencana dari golongan miskin. 10. Bantu an Alat
Tiruan /Alat Sokongan (BAT/S) Kadar Tujuan Syarat Kelayakan Kadar
sebenar alat
tiruan Membantu OKU yang tidak berkemampuan
untuk membeli peralatan
seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat
tangan/ketiak,
kerusi roda, alat
pendengaran,
cermin mata khas, kasut khas dan lain- lain peralatan yang
disyorkan oleh doktor atau pakar
perubatan. Membolehkan
OKU
meningkatkan
keupayaan dan seterusnya
menjalani
kehidupan
tanpa
sepenuhnya
bergantung kepada orang lain. 1. OKU yang berdaftar dengan JKM. 2. Had
siling pendapatan isi rumah tidak melebihi RM700 sebulan 3. Disyorkan
oleh doktor atau pakar perubatan. 11. Elaun Latihan Apperantis (ELA)
Kadar Tujuan Syarat Kelayakan RM200.00 sebulan seorang Membantu
belia/beliawanis
terutama
anak-anak
penerima
bantuan yang tercicir daripada
persekolahan,
penganggur
atau terdedah kepada
masalah sosial untuk
mendapatkan
latihan
kemahiran atau latihan sambil
bekerja. 1. Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM. 2. Bekas
pelatih institusi JKM. 3. Kes seliaan akhlak JKM. 12. Skim Bantuan
Segera Persekutuan Bagi Kawasan Parlimen (BSKP) Kadar Tujuan Syarat
Kelayakan Kadar bantuan (maksimum): Mangsa bencana = RM200 Kematian =
RM200 Terdampar = RM200 Pesakit Kronik = RM500 Membaiki rumah akibat
bencana alam = RM500 Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan
dengan segera. 1. Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan 2.
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan 13. Tabung
Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB) Kadar Tujuan Syarat
Kelayakan 1. Maksimum
RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan
keupayaan kekal. 2. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan
berdasarkan
peratusan kategori kecederaan. Membantu
meringankan
beban mangsa atau keluarga mangsa
serangan
binantang
buas. Mangsa atau waris mangsa serangan
binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman Negara seperti berikut:- Gajah Seladang Babi
Hutan Beruang Harimau Ular Sawa Ular-ular Berbisa Primat (Beruk, Kera
Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang) Buaya Cara Permohonan Permohonan
boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di
daerah / jajahan / bahagian berdekatan. Sekiranya pemohon menghadapi
kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi
surat, telefon ataupun email ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah
/ jajahan / bahagian berdekatan. Senarai Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di
bahagian Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa
dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah /
Jajahan / Bahagian seperti: 1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon 2.
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal
bersama 3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang
tinggal bersama 4. Salinan penyata gaji (jika ada), gambar beruku

4 comments:

HENRIETTA PAUL said...

Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini di(chosenloanfirm@gmail.com)

Anonymous said...

محمد احلام فردوس بن عبد الله جيك:
Assalamualaikum wrth.

Kepada,
Tuan/Puan

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas

2.​Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah ch(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
dalam bidang Syariah

3.​Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.


4.​ Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.

5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.

6.​Kerjasama dan perhatian dar ipada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.

Sekian,wassalamualaikum wrth.

Yang benar,

(Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
Pelajar Tahun akhir,
Syariah muamalah
UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
No.Tel : +60175005735

No akaun bank:7035820229/cimb bank

Unknown said...

Saya noraini ahmad memerlukan bantuan kewangan.saya tidak mampu berkerja lagi kerana sakit dan kini terlantar tidak bole berjln lg.hubungi saya 0183770936.saya mohon bantuan utk keperluan pampers dan ubat2an.

Unknown said...

Saya noraini ahmad memerlukan bantuan kewangan.saya tidak mampu berkerja lagi kerana sakit dan kini terlantar tidak bole berjln lg.hubungi saya 0183770936.saya mohon bantuan utk keperluan pampers dan ubat2an.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...