Saturday, April 26, 2014

MANDI HADAS BESAR

Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

  1. Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).

  2. Keluar mani walaupun sedikit.

  3. Mati melainkan mati syahid.

  4. Keluar haid bagi perempuan.

  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).

  6. Wiladah atau melahirkan anak.


Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala".

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala".

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala".

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala".

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

sumber

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Luhur Hati said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...