Wednesday, April 23, 2014

TANGGAPAN YANG SALAH MENGENAI ASMARA

TANGGAPAN YANG SALAH MENGENAI ASMARA
 
Isteri tidak perlu meminta suami untuk berasmaraSuami akan cepat bosan sekiranya si suami yang sering mengajak isteri berasmara dan isteri tidak pernah meminta suaminya untuk berasmara. Isteri perlu berperanan sebagai penggoda dalam menjerat suami untuk melakukan asmara.
 
Sekiranya suami telah mengajak isteri pada hari semalamnya, maka pada hari ini, giliran si isteri mengajak suaminya berasmara.
 
Isteri hanya perlu serahan tubuh & biarkan suami melakukan segalanya Isteri yang mendiamkan diri dan membiarkan tubuhnya dilakukan begitu saja oleh suami ibarat asmara yang tidak bermakna.
 
Suami juga memerlukan perhatian, belaian manja dan cumbuan dari isteri. Isteri perlulah berani untuk beraksi dengan ghairah dan aktif ketika bersama suami dengan harapan agar kasih sayang yang diikat bersama suami sentiasa mekar selama-lamanya.
 
Amat penting bagi lelaki bertahan lamaKebanyakan suami berfikir bahawa kelakian suami itu terletak pada ketahanan zakar suami ketika berdayung untuk mengelakkan isteri dari kempunan kerana tidak merasai klimaks. Kaum suami harus sedar bahawa yang penting dalam hubungan asmara ialah rangsangan dan pemanasan yang secukupnya pada kawasan-kawasan sensitif pada tubuh isteri.
 
Sekiranya isteri dirangsang pada tempat yang betul, maka tidak sukar bagi suami untuk memuaskan isterinya.
 
Asmara hanya boleh dilakukan di bilik tidurAsmara yang hanya dilakukan di bilik tidur akan mendatangkan perasaan bosan kepada pasangan suami isteri. Cubalah mencari kelainan dalam asmara dengan melakukannya di tempat-tempat peribadi yang anda tidak pernah fikirkan. Sebagai contoh, di ruang tamu atau di dapur.
 
Pergunakanlah objek-objek di sekeliling anda sebagai penyokong untuk memudahkan anda dan pasangan melakukan posisi-posisi yang kreatif, sebagai contoh, meja makan, kerusi sofa atau tangga rumah.
 
Asmara hanya boleh dilakukan pada waktu malamAsmara tidak mengenal waktu. Anda boleh melakukannya di waktu pagi, tengah hari dan petang samada secara spontan atau ajakan. Biasakanlah diri anda berasmara dengan kehadiran cahaya yang cerah di waktu siang supaya anda tidak kekok untuk bersamanya pada waktu siang di hari-hari yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...