IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kewujudannya diberitahu kepada kita oleh Allah melaui Rasul-Nya. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu. Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Surah Yasin, ayat 60)
Hakikat syaitan sebagai musuh manusia diulangi oleh Allah SWT beberapa kali di dalam Al-Qur’an.