Sunday, May 30, 2010

GARA-GARA PELAWAK, KHALIFAH PUTUS SOLAT

 Hari ahad yang damai...mimi ada sesuatu untuk di kongsikan bersama......
Ibnu Maryam adalah seorang yang sering membuat Khalifah Harun Ar-Rasyid tertawa kerana kelucuannya. Dia banyak menguasai cerita-cerita tentang bumi Hijaz dan lain-lain tempat di negeri Arab. Khalifah Harun telah mengizinkan Ibnu Maryam untuk tinggal di istananya dan bergaul dengan kaum keluarganya.

Suatu pagi, Khalifah Harun telah mengejutkan Ibnu Maryam untuk solat Subuh. Ibnu Maryam pun bangun dan terus berwudhu, sedang Khalifah Harun telah memulakan solat bersama orang lainnya. Apabila Ibnu Maryam sampai ke tempat solat, dia mendapati Khalifah Harun tengah membaca surah Yasin dan sampai pada ayat 22 yang ertinya: "Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku...?"

Ibnu Maryam yang belum bertakbiratul ihram itu tiba-tiba berkata: "La idri, wallah (Aku tidak tahu, demi Allah)."
Mendengar itu, tertawalah Khalifah Harun Ar-Rasyid dan memutuskan solatnya dan melihat kepada Ibnu Maryam. "Celaka engkau wahai Ibnu Maryam! Engkau telah membuat solat dan bacaan Al-Quran terputus. Kalau kau punya idea pun, cakaplah pada masa lain." kata Khalifah Harun sambil menahan tawanya.

8 comments:

nurr kasih said...

salam warahmatullah..

Lawak :). namun lawak pada zaman Rasulullah dan para sahabat penuh hikmah dan pengajaran.

wallahuallam.

semoga dirimu sentiasa dirahmati

mimi said...

~~~thanks singgah~~
........<<>>...........yarobbal alamin...begitu jua buat anda...

wadud@duad said...

haha.. adess.. memang lawak kalau menghayati :-)
tengah nak solat boleh lak menjawap.. :p

Tapak Kaki said...

benarkah cerita ini?

nas said...

singgah semula...:P huhu....kne khusyuk tyme solat..:)

reen_sofee said...

lol!
hahahah.

insan said...

nice info my friend

✿nenek moden✿ said...

hahaha..
lawak tol...
klu sekarang ni...lawak merapu meraban..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...