Friday, January 28, 2011

GADIS BERTUDUNG DI HOLLYWOOD

SALAM ...

Agak lama juga mimi menyepikan diri...bukan kerana sombong tetapi kerana sibuk menjaga Bonda mimi yang garing...alhamdulillah semuanya berjalan  dengan baik..
GADIS BERTUDUNG>>>>...............

Kehadiran Yuna di persada seni tanah air tempatan harus diakui telah mengubah iklim industri muzik tanah air.
Di kala pasaran muzik semakin suram, kemunculan gadis manis dengan imej bertudung ini pantas menarik perhatian ramai.
Usianya dalam muzik arus perdana baru setahun jagung tetapi populariti dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setaraf dengan penyanyi ternama sedia ada.
Gadis bertudung yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Feder Label dan bakal merakamkan lagu-lagu terbarunya di Kensaltown Studio.
"Program itu akan menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur," katanya dan menambah program tersebut akan disiarkan menerusi 24 episod.
Program ini dibuat khusus untuk para peminat Yuna yang boleh turut sama mencipta lagu iaitu dengan membantu Yuna menyiapkan lirik lagu terbaru Yuna yang akan disiarkan melalui lawan sesawang.
"Saya akan meletakkan satu versi lagu dan akan meninggalkan satu ayat untuk dicipta oleh peminat yang boleh dihantar melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Setiap minggu saya akan memuat naik satu versi dan para peminat boleh memberi cadangan sebagai inspirasi untuk saya menyiapkan lagu tersebut," kata Yuna.
Program itu membuka peluang buat peminat Yuna untuk memenangi hadiah mingguan antaranya hadiah istimewa dari Canon, sebuah gitar tajaan The Guitar Store yang akan ditandatanganinya, serta hadiah istimewa iaitu tiket konsert istimewa Yuna yang akan diadakan selepas tamatnya projek tersebut.
Selain itu, mereka juga berpeluang untuk muncul dalam muzik video Yuna.
Projek yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines selaku penerbangan rasmi Yuna ke Hollywood ini merupakan projek pertama Yuna yang akan berkolaborasi dengan para peminatnya.
Yuna yang sememangnya teruja dengan projek ini berkata, ia merupakan peluang keemasan buat dirinya untuk memasarkan dirinya bukan di dalam dan di luar negara.
Program yang akan diterbitkan oleh Kyanite Sdn. Bhd. itu akan mula disiarkan melalui www.yunainspired.com secara langsung selama lima minit mulai 14 Februari ini dan akan mula disiarkan di Astro Hitz bermula 27 Februari.

 Semoga imej yuna berkekalan selama-lamanya dan dijadikan contoh yang baik bagi mereka yang terbabit dalam industri huburan....
Kalau ada rezki tak kemana  ...............,

~~~~Huge mimi~~~ 

5 comments:

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

bgus la kn sbb ramai girls dh bertudung. kalo nk kate trend , xpela. at least diorg tutup aurat.

puanbee said...

betui lah ..tp yuna bwk fesyen seluar legging tu seksi walo bertudung !

~~su manje~~~ said...

salam ziarah pagi sabtu sis su manje tak leh tido nie...

nelly said...

setuju dgn puan bee
=)

penaberkala said...

terbaiklah yuna
lagu dia pun bk yg best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...