Monday, December 5, 2011

Parah DiBelasah

ALOR SETAR: Selepas tiga kali merompak kedai yang sama, cubaan seorang penjenayah mengulangi perbuatannya untuk kali keempat berakhir dengan dia parah dipukul dua pekerja warga Bangladesh sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, suspek berusia 29
tahun yang juga bekas anggota tentera cuba melakukan samun menggunakan pistol palsu sebelum cubaannya digagalkan dua pekerja kedai serbaneka di Jalan Sultanah, di sini. “Saya berani melawan lelaki berkenaan kerana yakin dia menggunakan pistol palsu ketika mengacukan senjata itu kepada saya,” kata Shairajul Islam, 43, seorang daripada pekerja terbabit.

Sebelum itu, suspek memasuki premis berkenaan dan berpura-pura mahu membeli barang sebelum mengacukan pistol kepada seorang juruwang dan meminta lelaki terbabit menyerahkan wang. Shairajul berkata, dia mengecam suspek yang pernah merompak kedai berkenaan tiga kali sebelum ini menyebabkan dia enggan mematuhi arahan lelaki terbabit yang kemudian memukul kepalanya menggunakan `pistol' berkenaan.
Menurutnya, dia mengambil pisau di bawah kaunter untuk mempertahankan diri hingga mencetuskan pergelutan menyebabkan senjata itu terpelanting ke luar kaunter dan suspek mencakar muka dan menggigit kedua-dua telinganya. “Dalam keadaan kelam-kabut, saya menjerit meminta pertolongan menyebabkan rakan saya keluar membantu lalu memukul kepala dan beberapa bahagian badan suspek dengan kayu,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Md Mizan Nur Rahmat, 37, berkata, dia berada dalam bilik air apabila mendengar jeritan Shairajul meminta pertolongan lalu bergegas keluar dan mendapati seorang lelaki sedang bergelut dengan rakannya itu.

“Ketika keluar dari bilik air, saya nampak Shaijarul bergelut dengan lelaki itu yang menggigit kedua-dua telinganya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...