Tuesday, February 14, 2012

Doa Dan Terjemahannya

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:



Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:


...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:


...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:


Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:


Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Monday, February 13, 2012

Amalan zikir Harian..

Rasulullah bercerita kepada Muaz :"Tiba waktunya pula malaikat hafadhah yang lain membawa kepada ALLAH SWT
amalan hambaNYA yang berhias dengan akhlak dan dan diam serta banyak sungguh amalan zikirnya ...
ALLAH SWT berfirman:"Campakkan orang ini ke dalam neraka ,kamu pencatat amal hambaKu,aku yang mengawasi hatinya
dia tidak beramal untuk keredhaanKU,Dia beramal untuk selainKU,maka dia mendapat laknatKU,"
Berkata para malaikat..memang patutlah dia mendapat laknat ALLAH SWT dan laknat kami.
Berkata penduduk langit...dia mendapat laknat Allah SWt, laknat tujuh petala langit laknat tujuh petala bumi dan laknat kami.


Setelah mendengar kata kata Rasulullah SAW,MUAZ menangis  dan ia bertanya kepada Rasulullah,wahai Rasulullah ,Apakah
yang patut aku lakukan?"
Rasulullah SAW bersabda:"Hai Muaz,ikutlah jejak Nabimu,teguhkan keyakinanmu walau amalanmu kurang,hentikan lidahmu
berkata kata hal hal saudaramu,hendaklah selalu ingat akan dosa dosamu,jangan kamu tanggungkan dosamu kepada orang lain
{jika kamu bersalah janganlah kamu tuduh orng lain},jangan memuji muji dirimu dengan memburukkan orang lain dan jangan
sombong diri dengan merendah rendahkan saudaramu dan jangan sekali kali beramal untuk mendapat pujian atau dilihat baik."

Saturday, February 11, 2012

ANJING MUSAFIR

Ketika sampai di sebuah kebun kurma miliki seseorang dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran  si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.
    Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
    Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”
    Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.
 

(*)  Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.


Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

GABENOR YANG HODOH

Wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya.
    Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.
Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:
    Semasa Yazid mentadbir Khurasan, semua wajah kelihatan ceria. pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas. Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya berwajah hodoh dan menakutkan.
    Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.     Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya.
“Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah.
    “Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.”
Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.

Thursday, February 9, 2012

IBLIS MENGGODA NABI AYUB AS

Para malaikat memuji akan sikap dan keperibadian Nabi Ayub as yang suka beribadah dan mengingat Allah SWT. Hidupnya penuh dengan rasa kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang dibahagikan oleh Allah SWT kepadanya. Iblis mendengar pujian para Malaikat tersebut yang membuat hatinya menjadi panas kerana ia telah bersumpah dengan Allah untuk menggoda setiap anak cucu Adam. Oleh sebab itu ia tidak rela melihat manusia yang berada di permukaan bumi ini beriman, beribadah dan beramal soleh.

Saturday, February 4, 2012

Nuffnang Semakin Kedekut....?

Nuffnang semakin kedekut.....!!!!!!!!!!!!!!!!!,...........????????

Ramai di kalangan rakan mimi dah mula berpaling tadah mejoritinya hampir semua....dah tak berminat dengan Nuffnang.......    (mimi menghormati keputusan mereka)
Mungkin bagi yang dah lama dengan nuffnang tak de masalah ...bagi yang acct masih 9 10 bulan mungkin terasa...
Bagi mimi kalau setia pada nuffnang apa salahnya...tepuk dada buka akaun nuff anda sendiri dan tegok earning tu..tau.....huhuhhhuh...

Friday, February 3, 2012

Buat Duit Dengan Nuffnang

Adakah tahun 2012 merupakan tahun yang berbaloi untuk buat duit dengan nuffnang, semakin ramai di kalangan blogger yang bertukar arah ke advertiser lain selain nuffnang... Mungkin kerana sistem nuffnang semakin canggih tau nuffnang memilih bulu dalam mengiklankan sesebuah produk di blog-blog para blogger...?
Adakah salah untuk pemula dalam dunia blogging mendampingi Nuffnang..

Sedikit info yang mimi dapat ....bukan untuk memburuk-burukkan....hanya buat tatapan semua sahabat...
..Memang tak dapat di nafikan kebebasan kita untk bersuara diblog tiada terhad dan batasnya...
Bukan untuk ape ...sekadar untuk di pertimbangkan coretan di sebuah blog......
Yang baik di jadikan ikutan....
Nuffnang bagi mimi no komen...apa pula komen anda...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...