Wednesday, March 5, 2014

Sebagai isteri anda haruslah bersedia untuk memberikan kerjasama. Jika
sekalipun anda sedang dalam keadaan penat dan moody, mungkin kemesraan
secara gurau senda dan urutan mesra pun memadai.

Jika anda pandai memujuk, suami juga selalunya bersimpati dan tidak
memaksa. Sering mereka juga boleh membantu memberikan anda urutan atau
picitan
mesra yang melegakan perasaan anda dan pasangan.

* Satu perkara penting,..yang ini adalah kemuncak dari semua
persediaan anda dan suami. rasanya semua tahu bahawa kita
sangat digalakkan berdoa sebelum bersama.

Doanya pun tentu anda semua tahu.. Cuma apa kata kalau kita tambah
sedikit doa itu sebagai isteri " Ya Allah, jadikan aku gembira untuk
memberi kepuasan kepada suami ku. Jadikan
persembahan aku untuk suami ku ini yang terbaik sehingga dia tidak dapat
melupakannya, semoga kami terpelihara dari sebarang kemungkaran...."
Pandai-pandai andalah nak tambah doa tu, bukankah kata-kata itu doa,.

Semoga kita dapat memberi yang terbaik kepada suami dan semoga suami
redha kita sebagai isterinya..dan kita mampu memupuk kasih sayang
serta cinta, walau semakin dimamah usia.. samada usia diri mahupun
usia rumahtangga....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...