Wednesday, April 23, 2014

Isteri Pemalu Terhadap Suami #1

CARA MENGHILANGKAN PERASAAN MALU DALAM DIRI DAN MENINGKATKAN PERASAAN SYAHWAT TERHADAP SUAMI (UNTUK PARA ISTERI)
 
Anda berasa malu dan gentar untuk berasmara bersama suami? Walaupun telah berkali-kali anda bersamanya, tapi perasaan anda itu tetap timbul sehingga menyebabkan suami anda tidak selesa dengan anda.
 
 Akibatnya, perhubungan anda semakin renggang dan tidak rancak sepertimana yang anda harapkan sebelum anda menikahinya.
 
Perasaan malu adalah perkara biasa di dalam diri. Tetapi sekiranya anda berasa malu yang amat apabila ingin berbogel dan berasmara bersama suami walaupun anda telah bersamanya beberapa minggu, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.
 
Perasaan malu itu biarlah bertempat. Suami anda adalah milik penuh anda, dan anda adalah milik kebanggaannya. Korbankanlah perasaan malu demi untuk mencapai keseronokan asmara bersama suami kerana malu merupakan penghalang besar untuk anda berdua mengecapi nikmat asmara yang sebenar-benarnya.
 
Sifat malu yang menebal dapat membuatkan anda tidak aktif, pendiam, dingin, hilang keyakinan diri dan tidak mengghairahkan di mata suami. Suami tidak akan berasa selesa sekiranya bersama dengan diri anda yang pemalu kerana dia tidak mendapat belaian, cumbuan, rangsangan, perhatian dan godaan yang dia harap-harapkan datang daripada anda.
 
Akibatnya, ada risiko yang tinggi suami anda mencari keinginan yang dia harap-harapkan daripada wanita lain.Masalah ini mungkin berpunca dari kurangnya nafsu dan keinginan syahwat di dalam diri anda untuk berasmara bersama suami.
 
Sekiranya nafsu dan keinginan syahwat menebal di dalam diri anda, maka tidak ada masalah untuk anda berasmara dengan suami secara aktif. Di bawah ini digariskan panduan-panduan untuk mengatasi perasaan malu dan takut yang menebal dalam diri anda serta menambahkan keinginan syahwat terhadap suami anda:
 
1. Tanamkan sifat berani dalam diriCuba serapkan perasaan berani dalam diri anda untuk berdepan suami anda dalam keadaan tanpa berpakaian. Bayangkan anda dapat memberikan belaian dan cumbuan kepada suami tercinta dengan manja sambil bergelak tawa dan bergurau senda. Bukankah suasana mesra sebegitu yang anda idam-idamkan selama ini? Bertekadlah yang anda akan berusaha melempar perasaan malu itu jauh-jauh demi untuk membuktikan perasaan cinta dan kasih sayang 100% anda kepada suami anda.
 
2. Tonjolkan sifat berahi dalam diriBayangkan diri anda seorang bidadari yang menunggu kedatangan suami anda, di mana suami anda tidak akan datang kepada anda sekiranya anda tidak menonjolkan keberahian dan keinginan anda terhadapnya. Mahu tidak mahu, anda perlu memandang diri anda sebagai seorang yang seksi dan mengghairahkan buat suami. Sifat berahi yang anda tonjolkan kepada suami merupakan daya penarik yang kuat untuk memastikan yang suami anda akan setia sehidup semati bersama anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...