Friday, April 25, 2014

Kepuasan Suami

Kepuasan lelaki ada pada wanita, kerana wanita diciptakan untuk mendampingi lelaki yang dahagakan kasih sayang, dan begitulah sebaliknya. Keresahan dan kegelisahan suami hanya terubat dengan ketenangan dan kelembutan tangan isteri. Sentuhan dan belaian isteri mampu menenteramkan jiwanya.
 
 Jika kebahagiaan suami di tangan isterinya, maka kesengsaraannya juga berpunca dari kelemahan isteri memenuhi tanggungjawabnya. Jika ada kepincangan ketika keduanya melakukan tugas sebagai sepasang kekasih maka suasana saat itu pasti menjadi tegang, masing-masing menuntut pasangannya berperanan dengan sempurna.

Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada pada kedudukan yang amat merbahaya. Begitu juga suami yang tak pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri cepat tersinggung, akhirnya membawa keretakan yang sedikit demi sedikit melemahkan mahligai rumahtangga mereka.

Para isteri sebenarnya mampu menambat hati suami mereka dengan menguasai tiga deria sensitif suami anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...