Monday, April 14, 2014

Takut Selaput Dara Koyak

Saya juga menggarunya hingga berdarah. Saya bimbang jika selaput dara saya terkoyak akibat tabiat saya itu. Sehingga kini, gatal itu masih belum hilang. Apakah pandangan doktor untuk merawat kegatalan ini?

GADIS RISAU,
Kedah.




ADA kawasan kemaluan atau faraj yang mempunyai permukaan kulit berjenis mukosa yang sensitif kepada sentuhan, ia mudah luka. Percikan air dari kawasan dubur juga boleh memindahkan kuman ke bahagian faraj dan menyebabkan jangkitan. 

Jika benar anda mengalami jangkitan, ada rawatan mudah berbentuk pil dan ubat krim sapuan pada bahagian kulit yang melecet itu. Doktor juga boleh memasukkan swab seperti putik kapas pada lubang di celah selaput dara untuk mengambil sampel lelehan terbabit bagi ujian makmal. Selaput dara jarang mengalami kecederaan kerana ia dilindungi oleh bibir kemaluan (labia minora) melainkan anda berada dalam posisi kangkang luas. Doktor boleh memastikan keadaan selaput dara.

Sumber Harian Metro

1 comment:

Kesuma Angsana said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...