Monday, August 4, 2014

Kisah-Zakat Bahagian 1

Tahun 2013 aku bermula dengan menebalkan muka aku menuju ke Pusat Zakat untuk meminta bantuan. Ialah orang kata kalau susah minta pada tempatnya.. dan aku pun melangkahkan kaki ku ke sana . Dengan bersandarkan sebuah harapan yang menggunung aku tiba di Pusat zakat yang berhampiran... setelah sesat dan salah pejabat akibat pejabat yang berhampiran telah pun berpindah... tak mengapa mungkin hanya sedikit dugaannya...

Melangkah masuk ke pejabat cawangan Zakat yang berhampiran . tak ramai yang berurusan ketika itu... aku mengambil nombor giliran aku..
Terima kasih pada yang menjaga kaunter tersebut atas layanan yang amat-amat baik dan memuaskan kepada aku.. syukur...mungkin dari riak wajah ku terbayang harapan yang dia sudah biasa dengan kerenah pelangan....

satu persatu di terangkan kepada aku dengan jelas...  di tanya satu ku jawab satu dengan maklumat yang di perolehi ketika itu dia menasihatkan aku agar berurusan di  Pusat Zakat yang berada di kawasan aku yang berhampiran...

Kerangan dan butiran telah ku berikan serba sedikit padanya...
Borang telah di berikan pada ku..
Aku mula mengorak langkah untuk  proses yang selanjutnya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...