Monday, March 29, 2010

Merawat Suami Yang Dingin Seks

Bukan sahaja isteri, suami juga tidak lepas daripada masalah dingin seks. Walaupun tidak punya masalah dalam perhubungan dan juga aspek kesihatan, namum ada suami seakan tidak bernafsu untuk seks biarpun isteri sudahpun merangsangnya. Pakaian yang seksi dan
haruman yang mewangi dipandang sepi oleh sang suami.




Mengapa ya? Sebenarnya seperti kaum wanita, lelaki juga ada masa-masanya berasa dingin atau malas mengadakan seks. Mungkin kerana faktor keletihan ataupun tekanan. Namun sebagai isteri anda seharusnya tidak membiarkan perkara ini berlarutan. Anda harus membantu menyembuhkan fasa dingin seks suami.



Bagaimana caranya? Alan Collins, seorang konsultan seks dan pakar perhubungan daripada Amerika Syarikat memberikan cara-cara yang boleh dipraktikkan oleh isteri:-



Ubah diri - Lakukan perubahan pada diri anda untuk membuatkan ghairah seks suami kembali segar. Ubah gaya rambut atau gaya berpakaian, ini adalah cara berkesan untuk membuatkan suami terpesona.



Ubah sikap - Merubah sikap, maksudnya merubah sikap negatif anda yang tidak disukai suami. Bersikaplah lebih manis pada dirinya dan layan suami anda lebih baik dari sebelumnya. Sebabnya, semakin anda bersikap positif, semakin tinggilah hasrat seks suami terhadap anda.



Jaga berat ideal dan rawat diri - Ini penting untuk dipraktikkan kerana lelaki menmang menyukai bentuk tubuh wanita yang indah. Jangan biarkan masalah kelebihan atau kekurangan berat badan berlarutan apatah lagi jika suami anda sedang menghadapi masalah dingin seks. Cari penyelesaiannya. Jagalah kulit anda dengan rawatan teratur, selain menjaga organ intim anda.



Komunikasi - Jangan takut atau malu untuk berbicara masalah seks dengan suami sendiri. Ungkapkan keinginan seks anda dengannya. Berterus teranglah padanya, bahagian yang anda suka untuk dirangsang. Katakan sejujurnya.



Fantasi seks - Lakukan fantasi seks kerana fantasi ini mampu membuatkan hubungan seks menjadi lebih ghairah, menurut pakar seks Dr Victoria Zdrok, fantasi seksual terbukti berkait rapat dengan libido. Mereka yang berfantasi seks akan lebih mudah terangsang dan mudah mendapat kepuasan seksual. Hubungan seksual yang dilakukan juga akan selalu membara.



Jaga kesihatan - Tubuh yang sihat dan cergas tentunya akan memberi kesan kepada kualiti hubungan seksual anda. Pasangan anda tidak akan dapat menjaga ghairah seksnya jika anda asyik kurang sihat dan tidak bermaya.jika tubuh nada sihat dan cergas, sudah tentu anda akan tampil canti dihadapannya. Ini juga akan membantu membuatkan suami semakin bernafsu melihat anda.



Pelajari teknik seks - Pelajari teknik memuaskan suami anda di ranjang. Pelajari lebih jauh cara menstimulasi titik-titik sensitive seorang lelaki. Selain itu janganlah bersikap pasif sewaktu melakukan hubungan seks. Sesekali tidak salah jika anda pula yang bersikap ‘liar’.



Jika tiada respon, pertimbangkan pula beberapa perkara lain. Berapa umur suami sekarang? Lelaki juga akan mengalami peringkat putus nafsu, dipanggil 'andropause'. Simptom-simptomnya sama seperti wanita 'menopause'.



Teliti juga tahap kesihatan suami kebelakangan ini. Biasanya, lelaki yang berpenyakit lemah jantung dan diabetes kurang/dingin nafsu. Yang lemah jantungnya amat khuatir jika jantungnya tak dapat 'terima' aktiviti 'lasak' seperti sebelum dia sakit. Yang kena diabetes pula terjejas fungsi alat kelaminnya. Ini semua amat membimbangkan dirinya sendiri dan takut sekali jika dia 'mengecewakan' isteri. Sila rujuk Keperluan pemakanan untuk kesihatan seksual untuk maklumat lanjut.



Adakah suami mengalami tekanan perasaan di tempat kerja? Stress juga boleh menjejaskan keinginan untuk bersama.



Dan jika isteri masih dalam katogeri yang masih memberahikan, mungkin lebih baik jika isteri berbincang dgn suami dari hati ke hati. Ajaklah suami berjumpa dengan pakar sakit TUAN, untuk kesejahteraan rumahtangga.



Semoga berjaya!

7 comments:

Dimas P. Putra said...

ahaha, ni motor kayaknya penting banget ya, dari postingan2 sebelumnya gambar bagian2 ini motor terus...

Unknown said...

bermanfaat.....
semoga bisa tetap mempertahankan kehangatan hubungan suami istri selamanya..

Anonymous said...

ada tips untuk lelaki/pria sahabat ?

Sungai Awan said...

hehehe aku termasuk dingin seks tidak ya..

Anonymous said...

biasabya psikologis mengambila peranan penting terhadap aktivitas sex.

Unknown said...

Ini adalah salah satu faktor yang penting dalam menjaga hubungan suami isteri yang harmonis. Bila masalah ini diabaikan, maka ada peluang kemungkinan kehancuran rumah tangga. Tips yang menarik untuk diperhatikan bagi mereka yang menghadapi masalah suami yang 'dingin dan beku di ranjang'. Trims tipsnya.

uncle said...

shhhh jgn kaco..uncle tengah baca 18 kali nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...